Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Punca Yang Menjadi Sebab Mengapa Lorong 'Smart Tag' Boleh Sesak & 4 Cadangan Ini Mungkin Boleh Membantu Mengurangkannya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Punca Yang Menjadi Sebab Mengapa Lorong 'Smart Tag' Boleh Sesak & 4 Cadangan Ini Mungkin Boleh Membantu Mengurangkannya

Bagi pengguna jalan raya sudah pasti akan selalu menggunakan lebuhraya untuk menuju ke satu-satu destinasi, sama ada tempat kerja, rumah, atau ketika sedang menjalankan tugas.

Seperti yang kita tahu, kebanyakan lebuhraya mempunyai tol, dan pada masa kini kebanyakannya telah menggunakan sistem elektronik sepenuhnya, sama ada anda menggunakan kad Touch N Go, atau pun Smart Tag.

Walaupun begitu, masih berlaku lagi kesesakan, terutamanya di bahagian Smart Tag, mengapa ia boleh berlaku? Menerusi perkongsian dari saudara Muhammad Hazamin Bin Harun, terdapat beberapa punca yang menjadikan situasi sebegitu, dan beberapa cadangan yang boleh dilakukan, dalam menangani permasalahan ini.

Mari kita ikuti kupasan lebih lanjut darinya.

‘NOT SO SMART’ TAG

Dah lama sebenarnya nak komen perkara ni, boleh dikatakan setiap kali kena beratur panjang kat lorong Smart tag, tiap kali tu lah rasa nak komen.

Di kala kebanyakan lebuhraya/jalanraya dah nak buat fully-electronic toll ni, saya rasa SMART TAG perlu penambahbaikan untuk kemaslahatan semua pengguna jalanraya. Rasanya ramai kot yang mengalami masalah yang sama, bila lalu kat toll booth, lorong SMART TAG yang patutnya paling SMART dan paling laju tu lah yang sangkut, dan jadi punca traffic jam pulak.

Jadi kat sini saya cuba senaraikan masalah-masalahnya, dan mungkin juga cadangan penambahbaikan, atau kalau ada yang dah dibuat atau yang orang lain nak cadang pun silakan:

MASALAH:

1. Device Smart Tag

Device Smart Tag yang baru ni banyak masalah, especially display dia cepat rosak menyebabkan kita tak tau berapa nilai yang ada, maka banyaklah jadi kes BAKI TIDAK MENCUKUPI, yang menyebabkan lorong SMART TAG jadi sangkut.
Kekadang satu device tu rosak menyebabkan terus dia tak dikesan (bukan sebab bateri habis, dah tukar bateri baru) maka keluarlah sign TIADA SMART TAG. Saya guna 2 bijik device smart tag yang baru, dan kedua-duanya rosak display, dan salah satu dah rosak terus.

2. Sistem lorong

Sistem lorong SMART TAG yang sangat lemah dan tidak canggih menyebabkan kerapkali kereta tersangkut bila terlalu rapat, maka keluarlah arahan JARAKKAN KENDERAAN, menyebabkan upacara reverse me-reverse terpaksa dilakukan beramai-ramai.

3. Wajib cukup nilai

Penggunaan kad touch ‘n’ go yang wajib cukup nilai (tiada sistem kredit, atau lalu dulu, bayar kemudian masa reload) antara punca yang selalu berlaku stuck di lorong Smart Tag walaupun kekadang yang lalu depan kita tu tak cukup seposen je, dalam SMART TAG dia. 
Untuk laluan dekat, bolehlah kita mencongak berapa balance, tapi untuk laluan jauh di lebuhraya, kekadang kita terlepas pandang nilai toll yang perlu kita bayar dan baki yang ada dalam kad touch n go, to make thing worse, display SMART TAG kita pulak rosak. Akhirnya staf toll juga yg kena turun buat kerja kat situ.

4. Kekurangan lorong Smart Tag

Lorong SMART TAG yang terlalu sedikit terutamanya di kawasan Bandar di KL dan kawasan yang trafik agak tinggi, kekadang satu lorong saja SMART TAG.

CADANGAN:

1. Tukar je supplier SMART TAG, jangan pakai lagi yang mudah rosak ni, yang lama lagi tahan lasak, walaupun sebenarnya device SMART TAG ni bukannya kita pakai lasak-lasak, bawak pergi berenang ke, naik gunung ke, tapi tetap dia rosak mungkin sebab tak tahan kepanasan cuaca di Malaysia ni. 

Design yang baru dah cantik dah, tapi apalah gunanya kalau seminggu dua je, dah ada problem. At least, appreciate pengguna yang bayar lebih beli device untuk servis ni. (bayangkan betapa popularnya kerosakan dia, sampai ada video tutorial macam mana nak pulihkan display Smart Tag)

2. Cuba upgradekan system tu dengan sensor-sensornya, supaya dua kereta masuk berhampiran pun dia boleh detect 2-2 device dan benarkan dua-dua sekali lalu, lainlah kalau kereta yang di belakang takde smart tag, dia nak curi-curi lalu ikut kereta depan. InshaAllah saya rasa benda ni boleh dibuat. Orang kata, kita yang buat dia… Semoga upacara reverse-me-reverse lepas ni boleh dihapuskan terus di lorong SMART TAG.

3. Cuba perkenalkan system kredit pada kad Touch ‘n’ Go kita, yang mana, kalau baki tak cukup dua tiga puluh sen tu, dia benarkan lalu juga, Cuma jadi negative balance. So, masa reload nanti tolaklah kan, rasanya benda ni boleh je buat kot. Kalau takut penipuan ke, atau kerugian ke, letaklah limit negative tu berapa, RM10 ke, so boleh jadi kita lalu, tak cukup RM5, negative lah dia, then masa reload, tolaklah balik negative tu. 

Takkanlah ramai sangat rakyat Malaysia nak tipu balance –ve tu dengan beli kad baru setiap kali balance –ve, boleh jugak control dengan menghadkan pembelian kad touch n go melalui pendaftaran ID masa beli kad tu untuk elak penipuan.

4. Banyakkan sikit lorong SMART TAG terutamanya di kawasan sibuk, katanya nak fully-electronic kan, kenalah sediakan fascility nya yang mencukupi. InshaAllah pengguna lebuhraya/jalanraya akan appreciate. Dah lah stress kena bayar toll, oklah, perkara ni macam dah jadi biasa, tapi at least perkemaskanlah system tol tu supaya lebih lancar dan tak menjadi punca kepada trafik jem pulak.

Oklah, tu saja komen dan cadangan, kalau ada yg nak tambah silakan, tapi ingat, komen untuk penambahbaikan, orang kata komen membina. Apalah gunanya Teknologi kalau ia tak menyelesaikan masalah orang sebaliknya menimbulkan lebih masalah pula.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nNFMcF

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.