Hi! Welcome Back and Stay Tune! SRAM Terus Usaha Lahir Lebih Ramai 'Nicol David' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SRAM Terus Usaha Lahir Lebih Ramai 'Nicol David'

KUALA LUMPUR: Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) akan terus meningkatkan usaha melahirkan lebih ramai ‘Nicol David’ pada masa depan.

Presidennya, Huang Ying How berkata SRAM bersama Kementerian Pendidikan dan Yayasan CIMB telah mewujudkan program bukan hanya setakat di peringkat sekolah malah juga daerah.

“Kerajaan telah membina gelanggang skuasy di lapan sekolah dan kemudahan ini dikenali sebagai Pusat Latihan Daerah.

“Ini adalah langkah besar untuk SRAM…berbekal pengalaman luas SRAM, kami mampu mengadakan program pembangunan kelas satu untuk daerah. Kami percaya ada bakat besar mampu dikesan,” katanya.

Bagaimanapun, Huang tidak mendedahkan nama lapan daerah yang terpilih untuk program itu tetapi menjelaskan ia akan dilancarkan bulan ini.

Menurut Huang, di bawah program itu, SRAM akan menyediakan kepakaran untuk melatih guru menjadi jurulatih.

Terdahulu, Huang dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin melancarkan Program Pembangunan Skuasy Remaja CIMB 2017.

“Program Pembangunan Skuasy Remaja CIMB menjadi asas kepada aktiviti skuasy negara sejak hampir sedekad lalu.

“Kami bangga untuk meneruskan kecemerlangan program ini. Kebanyakan daripada pemain dari sini mewakili negara dalam pelbagai kejohanan, sekali gus menunjukkan komitmen kami menjadikan mereka pemain berkelas dunia,” kata Hamidah.

Sejak diperkenalkan pada 2006, program ini telah melatih lebih daripada 4,000 pemain remaja.

Pada majlis sama, pemenang kategori perempuan Kejohanan Remaja Asia di Hong Kong baru-baru ini – S.Sivasangari, Andrea Lee Jia Qi, Zoe Foo Yuk Han dan Aifa Azman – menerima ganjaran RM10,000 daripada Yayasan CIMB.

Sementara itu, pasukan remaja lelaki yang terdiri daripada Darren Rahul Pragasam, Wong Sai Hung, Mohd Farez Izwan Mohd Mukhtar dan Mohd Hafiz Zhafri Abdul Harif, yang muncul naib juara kategori lelaki menerima RM5,000. — BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oPeUOh

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.