Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tular Video Tak Puas Hati Dressar Datang Lambat, Ini Penjelasan Yang Mungkin Ramai Tak Faham Tugas Seharian Pengamal Perubatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tular Video Tak Puas Hati Dressar Datang Lambat, Ini Penjelasan Yang Mungkin Ramai Tak Faham Tugas Seharian Pengamal Perubatan

Sejak beberapa hari lalu, menjadi tular di laman sosial dua buah video yang menunjukkan seorang lelaki yang tidak berpuas hati selepas beliau mendakwa petugas sebuah klinik tidak menjalankan tugas dan pegawai perubatan datang lambat.

Mungkin lelaki berkenaan tidak faham kehidupan seorang Dressar, medical assistant (MA) atau pembantu pertubatan berkenaan.

Admin sendiri pernah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan sebuah daerah, admin datang pun pukul 2, sempat bersembang dengan staff di kuanter yang super ramah, katanya kesian dekat Dressar dan nurse letih sangat-sangat, rehat patut jam 1 sampai jam 2, tapi jam 1.55 tengahari baru boleh berhenti rehat sebab pesakit ramai, dia minta maaf mungkin lambat sikit.

Waktu itulah nak makan, nak sembahyang dan rehat sekejap, tetapi ada mereka yang tak faham dengan tugas-tugas pengamal perubatan ini ‘pakai serang’ ikut hawa nafsu sendiri.

Jom kita baca pula penjelasan yang mungkin boleh diterima pakai, penjelasan olehw akil perubatan dari The Dressar & Co. ini.

Amaran! Teks ini panjang, tapi berbaloi untuk dibaca oleh mereka yang tidak malas.

Klinik Kesihatan Selambau. Nama klinik yang hampir kita semua tak pernah dengar. Tapi kini hampir semua sudah kenal. 

Kecoh isu seorang brader yang asyik “noh noh noh” tu rakam video seorang Dressar dan membuat viralisasi (aku belasah je perkataan viralisasi ni), dengan niat untuk menjatuhkan maruah dan reputasi seorang Dressar ataupun seorang penjawat awam. 

Melalui kenyataannya di dalam video yang dirakam, dia mendakwa Dressar tersebut masuk kerja lambat dan dia terpaksa menunggu lama.

Hingga kini tiada jawapan balas dari pihak klinik. Jadi sebagai salah satu page yang mewakili Dressar, kami rasa terpanggil untuk sama-sama berdiri memberi sedikit kefahaman kepada masyarakat tentang isu ini.

Okay la, disebabkan aku pun pernah kerja di KK sekitar KL yang super busy, jadi aku nak share pengalaman sikit la. Apa yang berlaku di KK Selambau tu memang kita tak tahu secara tepat apa yang berlaku, tapi melihat kepada video tu, kita dapat rungkaikan beberapa kemungkinan dan jalan cerita.

1 – Brader Noh cakap dia menunggu 49 minit. Padahal apabila disiasat, dari waktu dia mendaftar hingga 02:49pm tu, Brader Noh rupanya baru menunggu 23 minit.

2 – Bila dia TERJAH masuk ke bilik konsultasi tersebut, kelihatan Dressar baru keluar dari sebuah bilik. Dia terus ambil cop dan cop kad kuning. Maknanya apa? Dia baru selesai memerika seorang pesakit dan menulis. Cop adalah benda terakhir yang akan kami buat apabila memeriksa dan menulis di kad kuning tu. Jadi takde isu Dressar tu baru muncul. Tambahan pula kad kuning yang dicop adalah muka belakang, bermakna dia dah banyak menulis sebelum Brader Noh masuk bilik dia.

3 – Brader Noh cakap dia masuk dah bilik konsultasi tu sebelumnya tapi takde orang. Ya memang la takde orang sebab Dressar tu sibuk kat bilik sebelah. Bilik sebelah tu nampaknya macam sebuah bilik prosedur atau kecemasan. 

Biasanya bilik ni akan ada katil dan tempat untuk buat prosedur. Pesakit yang tak sesuai nak diperiksa atas kerusi akan disuruh baring kat katil tu. Boleh jadi juga pesakit yang Dressar tu tengah tengok ada masalah lain contohnya sakit dada. 

Bila sakit dada, perkara paling penting adalah kena buat ECG. Boleh jadi jugak pesakit kat dalam tu sedang kena asthma yang teruk. Jadi, sekali lagi ini point solid dan jelas yang Dressar tadi sedang sibuk melayan pesakit di bilik sebelah. Bukannya baru masuk kerja pada jam 02:49pm tu.

4 – Hampir semua klinik kesihatan sekarang masih beroperasi waktu lunch hour (1pm-2pm). Sebab apa? Sebab nak merawat pesakit yang daftar pukul 12pm lebih tu. Kalau diorang rehat jugak waktu lunch hour, pesakit yang daftar pukul 12 lebih terpaksa menunggu tambahan sejam lagi. 

Bila dia tak rehat waktu lunch hour, besar kemungkinan dia akan curi-curi rehat bila pesakit dah reda. Boleh jadi pukul 1:45pm baru dia start rehat. Boleh jadi pukul 2pm baru dia start rehat. Tanya la pada mana-mana staf klinik kesihatan, waktu rehat yang tak tentu begini memang dah biasa bagi mereka. Bila dia keluar lambat, logik la dia masuk lambat sikit.

5 – Yang Brader Noh pegi marah orang kaunter tu buat apa? Siap suruh diorang bagi penjelasan pulak tu. Merek takde kaitan, mereka cuma register pesakit. Brader Noh, jangan ingat sebab kau pesakit, kau ada hak nak publish muka penjawat awam kepada public sesuka hati. 

Kau sedang menempah kertas saman dari mangsa yang kau aibkan dengan membabi buta. Kau seolah-olah telah menghukum tanpa bicara, membuka ruang seluas-luasnya orang awam untuk bagi kejian, cacian dah fitnah terhadap Dressar tersebut sedangkan dia belum tentu bersalah lagi. Sekali lagi diulang, kau sedang memasang jerat untuk diri sendiri.

6 – Dalam klip video itu, Dressar tersebut kelihatan sedang sibuk, tapi Brader Noh masih bertanya soalan yang sangat annoyying. Siap “Helo Helo Helo” lagi. Orang tengah sibuk attend patient, kau pulak sibuk nak jadi wartawan murahan dengan merakam muka orang. Dah la ceroboh masuk bilik konsultasi sesuka hati, lepas tu ganggu penjawat awam lakukan tugas. 

Brader Noh, katakan la kalau masa kau masuk tu Dressar tu tengah periksa pesakit, tengah selak kain pelekat seorang pakcik yang bengkak kat kemaluan. Kau main terjah masuk dengan rekod video, kau rasa betul ke tak tindakan kau tu? Kau dayang kat Dressar dengan cara yang biadap, lepas tu kau expect Dressar yang tengah sibuk nak melayan kau? Silap la Brader Noh!

7 – Kau tak puas hati pasal apa benda sekalipun hatta tak suka warna dinding klinik ataupun kau tak suka dengan bau bunga yang ditanam pekebun kat sekitar klinik tu, ikut salurannya untuk suarakan ketidakpuasan hati kau tu. Okay la katakan la kau tak tahan sangat nak tanya, kau nak masuk tanya on the spot time tu jugak, ya silakan. 

Tapi pastikan dengan cara yang betul. Ketuk pintu, bila Dressar bukak baru tanya dia kenapa lambat? Tadi pegi mana? Kalau kau tanya macam tu aku yakin dia akan jawab dengan baik jugak. Ni dah la rempuh masuk macam tu je, siap merakam video lagi. Memang niat kau dari awal lagi nak cari salah dia, kalau aku jadi dia pun aku akan diam je. Karang kalau dia jawab, lagi banyak benda kau nak tanya. Baik dia diam, siapkan kerja dia.

Buat Dressar yang teraniaya di KK Selambau tu, kami Dressar Brotherhood SeMalaysia bersama kau. Jangan risau bro, kau atasi Brader Noh dengan baik sekali. Kalau kau perlukan bantuan lawyer untuk saman malu, boleh berhubung dengan kami. Kami sedia membantu.

– Stryker –

Siakapkeli.my

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oMdhRQ

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.