Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Sweden Tahan Lelaki Yang Disyaki Terlibat Insiden Rempuhan Lori - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Sweden Tahan Lelaki Yang Disyaki Terlibat Insiden Rempuhan Lori

STOCKHOLM: Polis Sweden telah menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang disyaki memandu sebuah lori dan merempuh orang awam di kawasan siar kaki pada hari Jumaat, yang membunuh empat orang dalam sebuah insiden yang mereka sifatkan sebagai jenayah keganasan.

Walaupun polis enggan mengulas mengenai identiti atau motif lelaki itu, radio awam Sweden yang memetik sumber yang tidak dinamakan, berkata suspek itu dari Uzbekistan.

“Orang berkenaan telah ditangkap sebagai pelakunya… iaitu pemandu lori tersebut,” kata jurucakap polis Lars Bystrom.

Ketua Agensi Keselamatan Sweden, Anders Thornverg bagaimanapun menafikan tentang warganegara suspek yang disebarkan tersebut.

Pihak berkuasa juga tidak menolak kemungkinan bahawa dia mempunyai rakan untuk melakukan jenayah itu, walaupun setakat ini hanya dirinya seorang ditahan.

Sehingga kini, tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut dan polis berkata keselamatan di sempadan Sweden akan ditingkatkan dan laluan diterhadkan di Jambatan Oresund yang menghubungkan Denmark dan Sweden.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nVOPcy

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.