Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala Sultan: Penyokong Diminta Ikut Peraturan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala Sultan: Penyokong Diminta Ikut Peraturan

KOK Wai Leong ketika menyampaikan taklimat kepara para peminat Piala Sultan Selangor 2017 bagi menyaksikan perlawanan tradisi Selangor menentang Singapura yang bakal diadakan di Stadium Nasional Singapura pada 6 Mei ini sempena Sidang Media Piala Sultan Selangor 2017 di SACC Mall. – Foto Intan Nur Elliana Zakaria

SHAH ALAM: Penyokong Selangor diminta mematuhi peraturan serta larangan yang ditetapkan pengurusan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS Singapura) untuk memastikan tiada masalah timbul sebelum dan selepas perlawanan Piala Sultan Selangor (TSSC) 2017 di Stadium Nasional Singapura, 6 Mei ini.

Pengerusi Penganjur Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abd Karim Munisar, berkata pihaknya tidak mahu peraturan yang mudah seperti larangan merokok serta memakan gula-gula getah di republik itu tidak dihiraukan seterusnya menjejaskan keseluruhan rombongan.

“Peraturan yang ditetapkan amat mudah dan tiada masalah untuk kita mengikutinya kerana kita berkunjung ke tempat mereka. Kita juga mempunyai peraturan tertentu ketika mereka berkunjung ke sini pada perlawanan yang lalu,” katanya pada taklimat khas TSSC 2017 di Pusat Beli Belah SACC di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara larangan yang ditetapkan selain daripada rokok dan gula-gula getah adalah tembakau kunyah, mercun, bunga api, pemetik api dan banyak lagi.

“Senarai barang serta perkara yang dilarang sudah diberikan kepada ketua kelab dan rombongan masing-masing. Saya sangat berharap penyokong akan mengikutinya,” katanya.

Taklimat berkenaan disampaikan oleh Pengarah Operasi FAS Singapura, Kok Wai Leong.

Wai Leong berkata, FAS Singapura juga meminta agar penyokong Selangor memakai jersi negeri ketika ingin memasuki stadium sahaja dan tidak memakainya ketika ingin berjalan-jalan di sekitar Singapura.

“Kita menetapkan peraturan begitu kerana tidak mahu pihak berkuasa Singapura terutamanya polis dan penduduk setempat cemas melihat ramai orang berpakaian merah kuning di dalam kawasan pusat beli belah dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, 115 bas sudah ditempah khusus untuk membawa penyokong Selangor dan akan bergerak secara berperingkat bermula jam 9 malam pada 5 Mei ini.

Setiap bas akan turut disertai oleh seorang pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan seorang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan tiada kekecohan ketika dalam perjalanan ke Singapura.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2npbWQh

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.