Pelumba The Dor Kuasai Sirkit Pertama NS Nature MTB
KUALA PILAH: Dua pelumba pasukan ‘The Dor’ dari Selangor, Md Samsol Jailan dan Beny Shafri masing-masing muncul juara dan naib juara kategori lelaki Masters Junior pada NS Nature MTB Jamboree Seri Menanti di sini, hari ini.
Tempat ketiga perlumbaan basikal bukit bagi kategori umur 35 hingga 44 tahun itu dimenangi Zulkifli Mohamad dari pasukan TCT dari Melaka.
Nur Aliah Saram dari Perak dan pelumba Pulau Pinang, Nisa Wong pula masing-masing muncul juara dan naib johan kategori terbuka wanita (14 hingga 35 tahun) manakala tempat ketiga dimenangi Azura Shamsudin dari pasukan ‘Chicken’ dari Selangor.
Semua pemenang menerima plak yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS), Datuk Mohammad Razi Kail.
Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan pada acara anjuran LPNS dengan kerjasama Kelab Berbasikal Perpatih (KBP), yang disertai lebih 1,000 peserta dari seluruh negara.
Presiden KBP, Jamari Ishak berkata acara NS Nature MTB Jamboree itu diadakan dalam tiga sirkit di mana sirkit pertama pada hari ini, diikuti sirkit kedua di Jelebu pada Julai dan sirkit terakhir di Gemas pada Disember nanti. – BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oT1AW5✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment