Ahli Majlis Mahu Tradisi Tiada Pertandingan Kekal
PEMANGKU Presiden BAM, Tan Sri Al Amin (kiri) dan Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, mengadakan Mesyuarat Majlis BAM,di Hotel Riverside Majestic Kuching. – Foto Nadim Bokhari
KUCHING: Tradisi tiada pertandingan membabitkan jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak 32 tahun lalu dijangka kekal berdasarkan kata putus yang disuarakan ahli majlis selepas mesyuarat yang berlangsung, sebentar tadi.
Justeru, ahli majlis memberikan mandat kepada pemangku presiden, Tan Sri Mohamed Al Amin Abd Majid dan timbalan, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria untuk mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu yang timbul antara mereka.
“Ahli majlis mahu kami membuat beberapa perkara dalam masa terdekat ini bagi menyelesaikan segala isu yang timbul membabitkan pemilihan presiden.
“Jadi, kami perlu melalui proses ini terlebih dahulu sebelum keputusan penuh dibuat.
“Apa juga keputusan yang dibuat nanti, ia adalah demi kepentingan badminton negara,” kata Al Amin ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis BAM, di sini, hari ini.
Mesyuarat hari ini turut menetapkan 29 April ini sebagai tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BAM yang bakal berlangsung di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.
Isu mengenai pemilihan presiden mula timbul selepas penyandang, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff mendedahkan mengenai ‘gentlemen’s agreement’ membabitkan pemimpin tertinggi BAM yang menyaksikan Norza seharusnya mengambil alih kerusi nombor satu badan induk itu pada pemilihan kali ini.
Bagaimanapun, Al Amin yang menafikan terbabit dengan perjanjian berkenaan turut berminat untuk menggalas tanggungjawab sebagai presiden.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pcxRGQ✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment