Cadangan Persaraan Lebih 60 Tahun Perlu Kajian Mendalam – Rohani
KUALA LUMPUR: Cadangan menaikkan umur persaraan lebih daripada 60 tahun perlu dikaji secara mendalam, ujar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Jelasnya, kajian menyeluruh perlu dilakukan kerana ia memerlukan persetujuan bersama selain sistem sokongan berkesan.
“Kalau kita tengok negara jiran, Singapura, umur persaraan ialah 67 tahun. Kita baru naik umur persaraan kepada 60 tahun, semua struktur sokongan yang kita ada memerlukan banyak kerjasama. Malah, ada orang yang looking forward untuk bersara,” katanya semasa sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Seminar Kebangsaan Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) 2017 ‘Social Protection and Sustainable Development – Empowering Older Persons’ di sini hari ini.
Beliau berkata, cara bekerja mereka yang berusia 60 tahun ke atas adalah berbeza dengan lingkungan umur lebih muda.
“Yang nak bekerja, kami harap pekerjaan yang dibuat itu juga ialah pada kehendak mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Cara dan syarat bekerja mereka ini lain. Mereka tidak mahu terikat dengan 9 pagi ke 5 petang atau 8 pagi ke 4 petang. Namun dia nak bekerja yang dia tentukan masa itu,” katanya lagi.
Justeru katanya, beliau sentiasa mendengar kehendak pekerja sama ada yang mahu kekal dengan umur persaraan 60 tahun, mahupun lebih dari usia berkenaan.
“Kita sentiasa memenuhi kehendak seperti ini supaya kalau dia nak bekerja, dia boleh terus bekerja. Kalau dia tidak mahu bekerja dia nak aktif dalam NGO dan kalau dia nak duduk dalam surau, atau nak melancong, semua boleh,” ujarnya.
Jelasnya lagi, menaikkan umur persaraan bukanlah menjadi isu utama, namun sejauh mana sistem sokongan dapat dilakukan secara berkesan.
“Bagaimanapun, inu bukan sahaja melibatkan kementerian saya sahaja, malah ia turut melibatkan EPF, insurans, JPA dan sebagainya. Malah, isu orang bawah tidak naik pangkat juga perlu diteliti (jika cadangan usia persaraan lebih 60 tahun dilaksanakan),” tambahnya.
Umur persaraan penjawat awam di negara ini dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun pada 2001, 56 tahun kepada 58 tahun (tahun 2008) dan 58 tahun kepada 60 tahun pada tahun 2012.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nVyPaw✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment