Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jabatan Kesihatan Kedah Nafi Lewat Rawat Pesakit Di Klinik Kesihatan Bukit Selambau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jabatan Kesihatan Kedah Nafi Lewat Rawat Pesakit Di Klinik Kesihatan Bukit Selambau

SUNGAI PETANI: Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menafikan berlaku insiden lewat memberikan rawatan terhadap pesakit di Klinik Kesihatan Bukit Selambau, dekat sini, seperti didakwa seorang pengadu menerusi video yang tular sejak Khamis lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, piagam pelanggan di klinik terbabit jelas menyatakan bahawa masa menunggu bagi kes baharu ialah 60 minit.

“Tiada kelewatan bahkan rawatan sewajarnya telah diberikan, pendaftaran pada 2.05 petang diikuti rawatan awal oleh Jururawat Kesihatan pada 2.15 petang, malah jururawat turut memaklumkan kepada Pegawai Perubatan (PP) untuk memberi rawatan lanjutan kepada pesakit.

Namun memandangkan PP sedang melakukan pemeriksaan imbasan terhadap seorang ibu mengandung yang perlu dirujuk ke hospital, jururawat diminta memaklumkan kepada Penolong Pegawai Perubatan (PPP) untuk membuat rawatan. Pesakit dirawat pada pukul 2.21 petang dan rawatan selesai pada pukul 2.40 petang,” katanya menerusi satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang lelaki yang menemani rakannya mendapatkan rawatan di klinik terbabit, mendakwa tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di situ lalu bertindak merakam video yang kemudiannya menjadi tular.

Video terbabit memaparkan tindakan lelaki terbabit meninggikan suara sewaktu bercakap dengan staf klinik terbabit, mengugut untuk menyebarkan video itu selain menceroboh masuk ke beberapa ruang di dalam klinik berkenaan.

Ahmad Kamsul berkata, siasatan mendapati pada hari tersebut, pengadu membawa rakannya ke klinik terbabit kira-kira pukul 2 petang, dan didaftarkan pada 2.05 petang, dan rawatan awal luka pada ibu jari kaki kiri pesakit serta suntikan diberikan oleh Jururawat Kesihatan sebelum rawatan lanjut oleh PPP.

“Rakan pesakit yang juga pengadu, bertindak merakam video pada pukul 2.23 petang (jam pengadu), membuat bising dan mengugut staf di kaunter pendaftaran untuk menularkan video itu.

“Pengadu turut menceroboh masuk ke semua bilik dan kaunter dengan rakaman video beliau serta bersuara secara agresif hingga menyebabkan staf tidak berani untuk menerangkan situasi klinik pada waktu itu untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Norhizan berkata, pihaknya kesal dengan tindakan pengadu yang mengugut dan menceroboh ke dalam bilik-bilik rawatan.

“Klinik Kesihatan Bukit Selambau dikendalikan tiga Pegawai Perubatan dan tiga PPP, namun pada hari kejadian hanya seorang Pegawai Perubatan bertugas manakala dua lagi masing-masing menghadiri mesyuarat dan kursus, seorang PPP bertugas, manakala dua lagi masing-masing berkursus dan bercuti, dan ini telah dimaklumkan kepada pengadu,” katanya.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nOcVoQ

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.