5 perkara Indonesia mengaku mereka punya, fakta atau auta?
Malaysia dan Indonesia, walaupun negara berjiran tapi boleh dikatakan selalu juga takde sefahaman. Perselisihan antara Malaysia dan Indonesia ni bermula sejak lepas kita merdeka lagi, bila ada Konfrontasi Indonesia-Malaysia dari tahun 1957 sampai 1968 sebab Soekarno, Presiden Indonesia masa tu bengang betul bila kita ajak Sabah dan Sarawak join masuk Malaysia untuk mencapai kemerdekaan.
Lepas tu, wujud pulak Sentimen anti-Malaysia abad ke-21 dengan jargon popular, “Ganyang Malaysia” yang bermaksud “Belasah Malaysia”. Masa kita menang hak ke atas pulau kat Sabah, makin la diorang bengang dengan kita.
Selain daripada perselisihan politik, dari segi sosial dan budaya juga tak terkecuali bila Indonesia banyak tuduh kita ambik hak diorang dari segi makanan tradisional, lagu rakyat, dan tanah. Jadi kami kat sini nak senaraikan betul ke semua benda yang diorang kata kita curi tu hak diorang? Kami periksa dengan fakta sekali!
1. Indonesia kata lagu Negaraku diciplak dari lagu mereka
Tak lama dulu, kecoh sekejap bila Indonesia tuduh Malaysia sebagai ‘maling’ (pencuri). Secara spesifiknya, diorang kata yang lagu kebangsaan kita, Negaraku yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia ni dicuri dari mereka!
Kisah ni disiarkan di sebuah berita Indonesia dimana pemberita tu melaporkan yang kita ciplak lagu ‘Terang Boelan” diorang dan ambik melodi dia untuk dijadikan lagu Negaraku.
“Lirik TERANG BOELAN diciptakan oleh SAIFUL BAHRI dan dinyanyikan pertama kali di tahun 1938.”- Media Indonesia
Okey,Terang Boelan ‘dicipta’ penggubah muzik Indonesia pada tahun 1938, dan lagu Negaraku Malaysia hanya mula didengari pada tahun 1957. Jadi betul la kita ambik lagu Indonesia?
FAKTA ATAU AUTA?
Secara generalnya, kita tahu yang lagu Negaraku ada melodi yang sama dengan “Allah Lanjutkan Usia Sultan”, iaitu lagu kebangsaan negeri Perak. Lagu negeri tu dicipta masa Sultan Perak iaitu Sultan Idris masa dia melawat England pada tahun 1888. Maknanya, baginda yang terlebih dahulu dengar lagu tu, bukan?
Malah sebelum Indonesia mengaku lagu tu dia punya, waktu tahun 1928 lagi ada versi Kantonis dengan tajuk Mamula Moon. Eh, jadi lagu Terang Boelan tu pun bukan asalnya daripada diorang. Jadi, dari mana?
Melodi lagu ni sebenarnya berasal dari Pulau Mahé di Seychelles yang digubah oleh seorang Perancis bernama Pierre-Jean de Béranger (1780-1857) dengan tajuk asalnya, “La Rosalie”. Lepas tu, lagu ni mula kedengaran di Kepulauan Melayu Nusantara bila Indonesia dijajah Belanda.
Perkara ni disahkan sendiri oleh ahli sejarah Malaysia, Tan Sri Khoo Kay Kim yang berkata ia sebenarnya datang dari La Rosalie dan bukan berasal dari Indonesia.
“Kami tidak meluluskan tune sebuah lagu rakyat Indonesia (untuk Negaraku),” – Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim
VERDICT: AUTA!
Walaupun lagu tu terlebih dahulu dimainkan di Indonesia, tak bermakna kita curi daripada mereka. Diorang sendiri pun ‘mengambil’ lagu La Rosalie tu dan jadikan lagu Terang Boelan. Manakala kita pula memang tahu asal usul lagu kita.
2. Dua pulau tercantik di Sabah, Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan pernah jadi rebutan
Pulau Sipadan ni salah satu pulau dekat negeri Sabah, tak jauh dengan Pulau Kalimantan atau Borneo. Merupakan salah satu pulau paling cantik dan paling popular untuk scuba diving, dibahaskan antara Indonesia dan Malaysia. Negara mana yang ada hak atas pulau tu, Malaysia ke Indonesia?
Hampir 20 tahun lepas, Malaysia dan Indonesia dah maklumkan perebutan ni kepada Pendaftar Mahkamah Perjanjian Khas. Hasilnya pada 2003, Malaysia dapat hak pemilikan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
International Court of Jusitice (ICJ) atau Mahkamah Antarabangsa akhirnya putuskan yang Pulau Sipadan dengan Pulau Ligitan ni hak Malaysia. Dalam keputusan tu, seramai 16 hakim yang setuju dan hanya satu yang membangkang untuk jadikan pulau-pulau ni atas pemilikan negara kita atas sebab Malaysia lebih layak dan dominan daripada Indonesia untuk menguruskan pulau ni.
FAKTA ATAU AUTA?
Sebenarnya zaman dulu-dulu, bila bercakap pasal tanah ni, tak boleh nak tentukan sama ada pulau tu hak kita atau hak orang kalau takde dokumen hitam putih. Kalau kita ingat buku teks sejarah tingkatan dua dulu pun (mukasurat 290-192), Haji Abdul Rahman Limbong pernah menegaskan yang “Tanah adalah hak Allah dan bukan hak negeri”.
Ayat ini muncul bila ‘Peraturan Tanah Baru’ diperkenalkan British dah menyusahkan petani yang dah sedia miskin. Penentangan muncul bila British tetapkan petani yang nak bercucuk tanam kena dapatkan kebenaran dan kena bayar pulak 50 sen.
Berdasarkan kes Pulau Sipadan dan Ligitan pulak, mahkamah antarabangsa yang mengesahkan pulau-pulau tersebut adalah hak milik Malaysia.
VERDICT: ICJ DAH DECIDE DAH PUN
3. Kembar popular Malaysia dikatakan karya Indonesia
Siapa dalam Malaysia ni tak kenal watak kembar Upin & Ipin? Rasanya daripada budak sampai la bapak budak pun layan Upin Ipin ni. Salah satu kartun kebanggaan negara kita, cerita ni dah dialihbahasa ke bahasa Inggeris dan Mandarin di Malaysia, lepas tu disiarkan di negara luar termasuklah Singapura, Brunei, Indonesia, Kemboja, Thailand, Filipina dan Vietnam.
Tapi, apa yang tak best adalah bila beberapa tahun lepas, ada rakyat Indonesia yang mengaku Upin & Ipin ni sebenarnya karya daripada Indonesia. Sebabnya adalah kerana Burhanuddin Radzi, pengasas Les’ Copaque Production yang juga Pengarah Urusan syarikat tu sendiri pernah belajar dekat Indonesia.
FAKTA ATAU AUTA?
Setakat ni kitorang tak jumpa pulak kalau Les Copaque menepis cerita ni betul atau tak, sebab mungkin kes terpencil je. Tapi berdasarkan apa yang Soscili jumpa, sebelum mengasaskan Les Copaque ni Encik Burhanuddin Radzi pernah bekerja dalam industri minyak dan gas di negara kita sendiri. Sebelum tu, beliau juga dikatakan pernah belajar dalam jurusan Teknik Perminyakan di ITB di Indonesia sekitar tahun 1980-an.
Tapi, apa kaitan pula rakyat Indonesia ni nak claim yang Upin & Ipin ni hak Indonesia bila beliau sendiri bukan belajar animasi pun dekat sana?
VERDICT: AUTA!
Alasan rakyat Indonesia tadi tak masuk akal langsung sebab Encik Burhanuddin Radzi ni sememangnya rakyat Malaysia. Animasi Upin & Ipin juga direka oleh graduan animasi yang bekerja dibawahnya, dan mereka ada la brainstorm sama-sama. Lagipun, beliau sendiri takde asas dalam animasi sebab jurusan yang dia pernah belajar dekat Indonesia tu ialah perminyakan, takde kena mengena langsung pun dengan animasi.
Macam mana la pulak isu ni boleh keluar?
4. Makanan turun temurun Nusantara, sate, milik Indonesia atau Malaysia?
Sate, sejenis makanan tradisional yang wajib ada masa raya. Dengan daging empuk dan berempah, cicah pulak dengan kuah kacang lemak manis dan bertekstur crunchy, dengar je dah kecur air liur.
Kalau dekat Indonesia pula, macam-macam jenis sate diorang ada berdasarkan setiap daerah Indonesia yang luas tu. Indonesia siap patenkan sate ni sebagai makanan tradisional diorang dekat UNESCO.
Tapi, betul ke sate tu asalnya daripada Indonesia? Menurut blog yang kami jumpa ni, sate dikatakan wujud sejak tahun 1404 M (808 H), ketika Islam mulai menyebar di Tanah Jawa. Terkenal dengan Walisongo pertama mereka iaitu Sunan Gresik (Maulana Malik Ibrahim), sate mula wujud pada Raya Qurban.
Bila Raya Qurban je, masa ni la ada banyak daging lebih dan mereka kena jadi kreatif. Biasanya, orang Arab akan bakar daging dalam bentuk yang besar. Tapi di Indonesia, mereka mula memotong daging dengan lebih kecil supaya lagi senang makan, dan diletak rempah, kemudiannya dibakar.
FAKTA ATAU AUTA?
Berdasarkan kajian yang kami buat di Soscili, kami jumpa cerita pasal Sate Kajang, antara sate paling lama kat Malaysia yang mula beroperasi pada tahun 1917 oleh Tasmin Sakiban. Tasmin Sakiban dikatakan berhijrah dari Indonesia ke Malaysia bersama saudaranya untuk kerja di sebuah ladang Inggeris, tapi tak lama lepas tu berhenti dan mulakan perniagaan sate.
Bermula kecil-kecilan, Tasmin buka gerai dan ditolong oleh anak saudaranya, Samuri pada awal tahun 60-an. Bila Samuri dapat kerja kat Telekom pun, dia masih tolong Tasmin sebab dia memang minat pasal sate ni. Bila Tasmin meninggal, anak-anak Tasmin rasa Samuri lebih layak untuk ambil alih business tu. Tahun 1992, Samuri akhirnya buka perniagaan sate sendiri, rebranding dengan nama sendiri, Sate Kajang Haji Samuri.
VERDICT: FAKTA!
Berdasarkan apa yang Haji Samuri cerita tadi, bapa saudara dia yang bernama Tasmin tadi tu berasal daripada Indonesia. Masa dia datang Malaysia pun dia memang dah tahu resepi dan mula menjual sate lepas berhenti daripada kerja dekat ladang orang Inggeris. Lagipun, sate direkodkan lebih lama dekat Indonesia berbanding Malaysia, so bila orang Indonesia claim yang sate tu hak diorang, mereka ada bukti yang lebih kukuh.
5. Yuna pun Indonesia mengaku diorang punya?
Yuna mula dikenali dekat Malaysia tahun 2008 lagi, dan meningkat naik tahun demi tahun sampai dapat pengiktirafan di peringkat global. Walaupun baru hampir 10 tahun berada dalam industri seni, kejayaan Yuna ni agak memberangsangkan bila dia pernah duet dengan pelbagai artis senior, cover lagu dengan gitaris Incubus sendiri, dan juga bekerjasama dengan artis antarabangsa yang lain termasuklah Pharell Williams.
Tahun lepas, Yuna sekali lagi banggakan Malaysia bila dia bekerjasama pulak dengan Usher untuk muzik video ‘Crush’. Masa lagu ni tengah hit, Usher ada upload gambar dia dengan Yuna dekat Instagram.
Kelakarnya dalam banyak-banyak komen tu, kitaorang jumpa komen yang buatkan ramai orang Malaysia rasa triggered. Yela, bila popular, semua orang mengaku kenal rapat.
Kejap, kitorang upload…
Masa mula-mula baca tu boleh la terima lagi. Dah yang bawah-bawah tu, orang Malaysia punya troll kadang-kadang boleh tahan juga. Sikit-sikit dah la, ok?
FAKTA ATAU AUTA?
Jadinya, betul ke dakwaan rakyat Indonesia ni tadi? Kalau takde angin, masakan pokok bergoyang? Jadi, kami cuba siasat betul-betul, dan kami cari website yang paling legit dan bukan portal hiburan Malaysia supaya nak pastikan kami sendiri tak bias. Dan jawapannya adalah…
Dalam Billboards.com milik Hollywood, Amerika Syarikat ada menerangkan serba sikit pasal asal-usul Yuna, dan jawapannya ialah Yuna ialah vokalis pop dan pemain gitar dari Malaysia.
VERDICT: AUTA!
Sorry Indonesia, Yuna kami punya.
Walau apa pun, hubungan baik antara dua negara perlu dijaga
Walaupun ada pasang surut hubungan antara dua negara ni, tapi sebagai negara berjiran hubungan baik perlu dikekalkan. Perkara ni terbukti bila Malaysia jadi antara negara pertama yang bagi bantuan pada Indonesia jika negara tu dalam kesusahan. Contohnya dalam kes gunung berapi, tsunami, dan sebagainya.
Oleh itu, persamaan antara kita dan Indonesia menunjukkan kita ni serumpun. Kalau nak dibandingkan, Indonesia pun ada je pencapaian tersendiri yang diorang boleh banggakan macam Kris Dayanti, Anggun, Bunga Citra Lestari, Dian Satrowardoyo, Nicholas Saputra dan ramai lagi. Makanan diorang macam ayam penyet, sambal lado, bakso, pun semua enak-enak banget. Tu tak masuk pulak tempat-tempat percutian diorang macam Lombok, Bali, Yogyakarta, dan lain-lain.
Jadi, hubungan baik antara dua negara kena jaga supaya takde sebarang konflik sebab sebenarnya perbezaan kita takde la jauh sangat. Bukankah begitu?
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nwLtR9✍ Sumber Pautan : ☕ SOSCILI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment