Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nanyang Siang Pau Mohon Maaf Hina Pandikar Amin Dan Abdul Hadi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nanyang Siang Pau Mohon Maaf Hina Pandikar Amin Dan Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau hari ini memohon maaf kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penyiaran kartun yang dianggap menghina kedua-dua pemimpin itu.

Akhbar itu dalam satu kenyataan berkata mereka memohon maaf dan mengakui penyiaran kartun itu adalah tidak wajar untuk tatapan umum.

“Pihak kami juga telah menarik balik kartun sama yang disiarkan di laman berita Nanyang Siang Pau, iaitu eNanyang.my,” menurut kenyataan itu.

Pada 8 April lepas, akhbar berkenaan menyiarkan sebuah kartun di portal mereka, yang menggambarkan seekor monyet memakai songkok dan dilabelkan sebagai ‘speaker’ manakala seekor lagi monyet memakai serban dan diberi label ‘Hadi Awang’.

Kedua-dua monyet berkenaan digambarkan sedang bertenggek di atas dahan sebuah pokok yang diberi label ‘Akta 355’. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2plN4Wo

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.