Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penempatan Baharu Kepada Penduduk Terlibat Banjir Di Langkap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penempatan Baharu Kepada Penduduk Terlibat Banjir Di Langkap

SETIU: Kerajaan Terengganu akan membina penempatan baharu bagi penduduk Langkap di sini, yang terlibat dengan bencana banjir hampir setiap tahun.

Anggota Dewan Undangan Negeri Langkap, Datuk Sabri Mohd Noor berkata beberapa kawasan penempatan baharu dikenali pasti antaranya di Kampung Pelong, Kampung Kerbau Menyusup dan Kampung Pengkalan Merbau.

“Kita akan sediakan infrastruktur seperti jalan, bekalan air dan elektrik secepat mungkin di kawasan berkenaan bagi kemudahan penduduk yang akan berpindah ke situ kelak. Kalau tiada kemudahan itu, mereka tidak akan berpindah.

“Saya akan gunakan peruntukan yang disediakan kerajaan negeri sebanyak RM10 juta bagi memastikan projek berkenaan berjalan dan dapat menyelesaikan masalah penduduk yang sering dilanda banjir.

“Penempatan baharu itu penting kerana bukan sahaja untuk menyelamatkan harta benda tetapi nyawa mereka dan anak-anak,” katanya selepas menyampaikan bantuan ihsan kepada 437 keluarga akibat banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri Langkap, melibatkan peruntukan keseluruhan RM437,000.

Program agihan bantuan banjir di kawasan Langkap itu adalah yang pertama di Terengganu, dengan masing-masing menerima RM1,000, iaitu RM500 daripada kerajaan negeri dan RM500 lagi menerusi peruntukan kerajaan Persekutuan.

Sabri berkata pihaknya juga menyalurkan bantuan segera seperti bekalan makanan serta peruntukan RM11,000 untuk membaiki rumah yang rosak.

“Saya berharap bantuan yang diterima mangsa banjir daripada kerajaan hari ini, dapat meringankan beban mereka dan gunakan duit berkenaan secara berhemah,” katanya.

Beliau berkata petani di kawasan berkenaan turut terjejas teruk apabila tanaman cili yang mereka usahakan, musnah dalam banjir mengakibatkan kerugian lebih RM20,000.

“Saya berharap Jabatan Pertanian dapat melihat perkara ini…apa bentuk bantuan atau keperluan yang sepatutnya diberikan kepada petani yang menjadi mangsa banjir,” katanya.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oReNSz

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.