Hi! Welcome Back and Stay Tune! Smurfs: The Lost Village lebih mencuit hati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Smurfs: The Lost Village lebih mencuit hati

SETELAH meraih sambutan memberangsangkan melalui filem pertama The Smurfs (2011) dan The Smurfs 2 (2013), kini animasi kegemaran ramai ini muncul dengan sekuel terbaru, Smurfs: The Lost Village menerusi aksi lebih mencuit hati.

Filem mengisahkan makhluk kecil berwarna biru ini ternyata mempunyai tarikan dan keistimewaannya yang tersendiri bukan sahaja kepada penggemar setianya, tetapi juga buat mereka yang pertama kali menonton.

Selain aksi comel mereka yang sangat mencuit hati, sekuel kali ini juga tampil dengan jalan cerita lebih mencabar menerusi pengembaraan sepanjang perjalanan cari perkampungan Smurfs baru.

Aksi-aksi bersahaja Smurfette, Clumsy, Brainy, Hefty dan juga ahli sihir Gargamel serta kucing kesayangannya, Azrael sangat menghiburkan, malah sentiasa membuat penonton bergelak ketawa.

Sekuel terbaru ini mengisahkan Smurfette, Clumsy, Brainy dan Hefty yang tanpa sengaja telah merentasi kawasan hutan larangan menyebabkan musuh mereka Gargamel The Evil Wizard dapat mengesan kehadiran mereka.

Gargamel memang sentiasa memburu kumpulan Smurfs kerana hanya melalui makhluk biru ini dia dapat menambahkan kuasa sihirnya agar menjadi lebih hebat dan menguasai kawasan tersebut.

Ketika ditangkap Gargamel, Smurfette terserempak dengan salah seorang Smurfs yang bukan daripada kumpulan mereka dan ia akhirnya mendapat tahu ada sebuah perkampungan Smurf lain yang tidak mereka ketahui selama ini.

Smurfette dan rakannya cuba selamatkan kumpulan Smurfs ini daripada menjadi mangsa terbaru Gargamel, namun ahli sihir jahat itu terlebih dahulu dapat menghidu perancangan itu dan cuba menggagalkannya.

Meskipun lebih kepada hiburan ringan, namun animasi yang diarahkan oleh Kelly Asbury ini menyelitkan banyak mesej dan pengajaran berguna.

The post Smurfs: The Lost Village lebih mencuit hati appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oYxIYq

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.