Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kedutaan Sahkan Dua Rakyat Malaysia 'hilang' Di Jakarta Dalam Tahanan Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kedutaan Sahkan Dua Rakyat Malaysia 'hilang' Di Jakarta Dalam Tahanan Polis

JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia hari ini mengesahkan dua rakyat Malaysia yang dilaporkan “hilang” di Jakarta sejak 30 Mac lepas kini berada dalam tahanan polis di sini.

Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata Mohamad Shafa Ahmad dan Kamarol Ariffin Mohamad Darus dapat dikesan setelah Atase Polis DiRaja Malaysia dan Atase Imigresen di Kedutaan Besar Malaysia menjalankan siasatan mengenai “kehilangan” mereka.

Katanya, bagaimanapun pihak kedutaan masih belum menerima notis pemakluman secara rasmi dari pihak berkuasa Indonesia mengenai penahanan mereka berdua.

“Kita telah menghantar satu pasukan untuk bertemu dengan pihak berkuasa Indonesia dan kita masih menunggu laporan lanjut dari Polis Indonesia,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, kes penahanan kedua-dua mereka akan melalui proses undang-undang di Indonesia dan pihak kedutaan akan memberi bantuan konsular manakala keluarga mereka pula berhak mendapat bantuan guaman.

Zahrain mengingatkan rakyat Malaysia yang berkunjung ke Indonesia supaya menghormati undang-undang negara itu serta tidak membawa masuk apa sahaja barang yang dilarang terutama dadah.

Bernama difahamkan pihak berkuasa Indonesia tidak memaklumkan penangkapan dua rakyat Malaysia itu walaupun telah menahan mereka selama 10 hari manakala Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan mengenai kehilangan mereka.

Artikel 36 Konvensyen Vienna menyebut bahawa pihak berkuasa mana-mana negara yang menahan rakyat asing hendaklah “tanpa lengah” memberi notis pemakluman mengenai penangkapan itu kepada pihak kedutaan atau konsulat negara terbabit.

Mohamad Shafa, 29, dan Kamarol Arifin, 27, masing-masing bekerja sebagai penghantar surat dan juruteknik kilang, dilaporkan hilang oleh keluarga mereka.

Mereka hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 2 petang 29 Mac lepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Dua sahabat baik itu berasal dari Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor dikatakan mengunjungi ibu kota ini untuk menonton konsert Dj Armin Van Buuren di Jakarta International Expo di sini.

Waris kedua-dua lelaki berkenaan melaporkan mengenai kehilangan itu setelah mereka tidak menghubungi keluarga sejak tiba di Jakarta dan juga tidak mendaftar masuk ke hotel yang ditempah.

Abang ipar kepada kepada Mohamad Shafa, Mohamad Hafizul Razali berada di Jakarta bagi mencari mereka berdua.

Bagaimanapun misteri kehilangan mereka didedahkan oleh seorang ahli perniagaan Malaysia di Indonesia Datuk Dr Fauzi Mohamad pagi tadi.

Fauzi menyatakan beliau dan isterinya Datin Zaitun Evitania telah beberapa kali berkunjung dan bertemu dengan kedua-dua lelaki terbabit di balai polis Seksyen Lapangan Terbang di sini.

Katanya, beliau mendapat maklumat bahawa penahanan kedua-dua lelaki itu bagi membantu siasatan kes dadah Malaysia dan beliau sedang berusaha mendapatkan khidmat guaman untuk mereka.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2opK6CK

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.