Rempuh Maut Pejalan Kaki, Kru Kapal Didakwa Di Mahkamah
GEORGE TOWN: Seorang kru kapal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Georgetown hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki Khamis lepas.
Tertuduh, Nazri Che Lah, 44 tahun, yang memakai pakaian hospital menggangguk faham dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian kepada Foo Swee Wah, 58 tahun, di Jalan Burmah kira -kira jam 10.30 pagi pada 6 April lepas.
Dia didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara minimum dua tahun atau maksimum 10 tahun dan didenda minimum RM5,000 atau maksimum RM20,000.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Nurul Fatin Hussin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu semasa prosiding, Nurul Fatin memohon tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta lesen memandunya digantung.
Tertuduh kemudian merayu supaya wang jaminan dikurangkan dengan alasan beliau terpaksa menyara seorang isteri yang tidak bekerja.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta lesen memandunya digantung sehingga perbicaraan kes selesai.
Kes disebut semula 29 Mei depan bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.
Pada Khamis, Foo Swee Wah terbunuh selepas dirempuh sebuah motosikal yang melanggar lampu merah di lintasan pejalan kaki di Jalan Burma dekat Balai Polis Pulau Tikus.
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah kaki akibat pelanggaran itu sebelum disahkan meninggal dunia pukul 8.45 malam hari yang sama.
Rakaman video kejadian tersebut yang tular di media sosial menunjukkan See Wah, pemilik sebuah kedai kopi berdekatan, sedang melintas jalan apabila lampu pejalan kaki bertukar hijau.
Namun ketika mangsa hampir ke seberang jalan, dia dirempuh seorang penunggang motosikal menyebabkan dia tercampak beberapa meter.
Penunggang motosikal terbabit bagaimanapun tidak memberhentikan kenderaan dan dipercayai cuba melarikan diri dari lokasi kejadian.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ohJQne✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment