Hi! Welcome Back and Stay Tune! AirAsia Syarikat Penerbangan Rasmi Sukan SEA 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AirAsia Syarikat Penerbangan Rasmi Sukan SEA 2017

SEPANG: Syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, AirAsia diumum sebagai Syarikat Penerbangan Rasmi untuk temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

AirAsia akan menyediakan penerbangan bagi penganjuran sukan ini kepada pegawai Jawatankuasa Pengelola KL2017 (MASOC) dari seluruh rantau ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Berhad Aireen Omar berkata pihaknya akan menyediakan penerbangan bermula hari ini bagi semua tujuan termasuk persiapan sebelum temasya bermula sehingga ia berakhir.

“Kami akan memastikan semua keperluan pegawai teknikal MASOC yang terlibat akan diuruskan agar mereka mempunyai tempat duduk dalam penerbangan.

“Kami tidak akan menambah frekuensi penerbangan atau mewujudkan pesawat sewa khas. Malah kami yakin jadual penerbangan harian sedia ada sudah memadai dengan apa yang diperlukan oleh MASOC untuk KL2017 nanti,” kata Aireen ketika ditemui selepas majlis pertukaran perjanjian persefahaman antara MASOC dan AirAsia di sini pada Isnin.

Turut hadir di majlis berkenaan, Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi MASOC, Khairy Jamaluddin, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan, CEO MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad dan CEO Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun.

AirAsia menyertai KL2017 sebagai rakan penaja emas iaitu kategori penajaan antara RM3 juta sehingga RM7.5 juta yang terditi daripada bentuk wang tunai dan barangan atau perkhidmatan, seperti tiket penerbangan.

KL2017 akan diadakan bermula 19 hingga 31 Ogos 2017 untuk temasya Sukan SEA ke-29 sab 17 hingga 23 September 2017 untuk Sukan Para ASEAN ke-9.

[BERITA LANJUT MENYUSUL]

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oiJEEA

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.