Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sindiket angkat mesej penting - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sindiket angkat mesej penting

ISU pemerdagangan manusia dilihat antara jenayah yang cukup berkait rapat dengan kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Malah, sesiapa sahaja boleh berisiko menjadi mangsa sekiranya ia tidak dibendung dengan sebaiknya.

Menyedari hakikat itu, syarikat Loyal Studio Sdn Bhd menerbitkan filem berjudul Sindiket yang memfokuskan jenayah pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia.

Menjalani penggambaran di Pulau Sebatik, Kalimantan, Indonesia dan Kundasang, Sabah, filem aksi ini mendapat sentuhan pengarah terkenal, Bade Azmi.

Filem yang mula menjalani penggambaran pada Jun 2013 itu turut menampilkan ramai pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Dr Soo Wincci serta beberapa orang barisan pelakon dari Indonesia.

Pada pandangan penulis, filem ini menampilkan sebuah cerita yang dekat dengan masyarakat. Ini kerana isu pemerdagangan manusia menjadi jenayah kedua terbesar di dunia kini.

Perjalanan plot filem ini disusun ringkas dan tidak terlalu memeningkan kepala. Pendek kata ia filem straight foward. Ia memperlihatkan bagaimana Inspektor Rudy berusaha banteras kes jenayah ini.

Lakonan mantap pelakon juga menjadi salah satu sebab penonton dapat merasa kegelisahan dan debaran terhadap usaha Rudy.

Dari segi teknikalnya pula, disebabkan filem ini sudah menjalani penggambaran empat tahun lalu, maka penonton barang kali mungkin dihidangkan dengan aksi lebih terkini menerusi filem yang sudah ditayangkan.

Namun ia tidaklah bermakna filem ini ketinggalan. Hanya babak aksi terlalu padat.

Bagaimanapun secara keseluruhannya masih boleh diterima apatah lagi ia mesej penting yang ingin disampaikan dan boleh dijadikan iktibar.

The post Sindiket angkat mesej penting appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nUbjKh

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.