Hi! Welcome Back and Stay Tune! Konsert GGV terima sambutan luar biasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Konsert GGV terima sambutan luar biasa

TAMPIL berbeza, penerbitan program realiti, Gema Gegar Vaganza (GGV) yang mengaplikasikan konsep Gegar Vaganza (GV) bagaimanapun dilihat berjaya mencetuskan fenomena baru.

Buktinya, konsert minggu pertama GGV menerima sambutan luar biasa daripada penonton.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, tujuan utama penerbitan GGV adalah untuk mengembalikan semula nostalgia lagu nasyid sekali gus membuka ruang baru untuk berdakwah menerusi saluran Astro Oasis.

“Alhamdulillah, kita berjaya menepati sasaran utama yang ditetapkan.

“Kita juga menerima pelbagai komen positif melalui laman sosial sehingga menjadi trending.

“Penonton juga tak sabar untuk menunggu persembahan seterusnya pada minggu hadapan,” katanya pada Media Hiburan.

Konsert minggu pertama GGV bertemakan Hits Terindah memperlihatkan 10 pesertanya tampil dengan seleksi lagu popular masing-masing.

Barisan peserta yang bertanding ialah Hijjaz melalui lagu popularnya, Sumayyah; Azmi dari kumpulan Caliph Busker (Hanya Namamu); Hafiz Hamidun (Jodoh Berdua); UNIC (Hanya Tuhan Yang Tahu); Wani (Alhamdulillah); Saujana (Suci Sekeping Hati), Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku); Izam EYE (Izinkan Selamanya Namamu Di Hati) dan Bienda (Penantian).

Pada masa sama, semua peserta ini terselamat daripada penyingkiran yang diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada komposer dan penerbit, Farihin Abdul Fattah dan pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi selaku juri tetap serta Jihan Muse yang diundang sebagai juri jemputan.

Konsert GGV bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur dan dipancarkan di saluran Astro Oasis (106) atau Maya HD (135), bermula semalam.

The post Konsert GGV terima sambutan luar biasa appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ooYiMF

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.