Hi! Welcome Back and Stay Tune! FAS Sedia Bawa Pulang Amri Yahyah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FAS Sedia Bawa Pulang Amri Yahyah

PRESIDEN FAS, Datuk Seri Subahan Kamal. – Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bersedia untuk bertemu dengan penyerang Melaka United (MU), Amri Yahyah, bagi membincangkan prospek perpindahannya kembali ke skuad The Red Giants pada jendela perpindahan kedua bulan hadapan.

Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal, berkata perbincangan lanjut perlu diadakan bersama penyerang veteran itu bagi memastikan situasi menang-menang dapat dimeterai antara FAS dan juga bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

“Sudah pasti ini satu petanda baik untuk Amri kembali ke Selangor kerana semua orang tahu dia adalah produk pembangunan akar umbi pasukan ini dan ada aura tersendiri.

“Tetapi kita perlu adakan perbincangan yang lebih rasmi dan teliti kerana tiada gunanya jika kita mahukan khidmatnya tetapi kita tidak mampu memenuhi permintaannya.

“Saya akan berbincang dengan barisan pengurusan dan kejurulatihan untuk mendapatkan pandangan mereka terlebih dulu sebelum bertemu Amri dalam masa terdekat.

“Apapun, saya mengharapkan penyelesaian yang positif dapat dicapai bagi memastikan impian dia untuk pulang ke Selangor dapat menjadi kenyataan,” katanya ketika dihubungi BH Sukan.

BH Sukan sebelum ini melaporkan MU membuat keputusan mengejut apabila bakal melepaskan penyerang kebangsaan itu kembali mewakili pasukan asalnya, Selangor menjelang jendela perpindahan kedua pemain bulan depan.

Pengurus pasukan MU, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, walaupun mengambil keputusan yang berat, namun dia bersedia memberi laluan kepada Amri untuk kembali berbakti bersama The Red Giants.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oQGNpy

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.