Hi! Welcome Back and Stay Tune! FAM Mahu Lantik Jurulatih Luar Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FAM Mahu Lantik Jurulatih Luar Negara

DATUK Hamidin Mohd Amin. – Foto Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan melantik jurulatih luar negara dalam usaha mempertingkatkan mutu jurulatih tempatan.

Jurulatih luar negara yang dilantik itu akan menjelajah ke setiap negeri bagi melatih jurulatih tempatan dalam Persatuan Jurulatih Malaysia.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan di Facebook rasmi badan induk itu, hari ini.

“Mereka (jurulatih luar negara) akan pergi ke setiap negeri untuk melatih dan memberi tunjuk ajar kepada jurulatih-jurulatih bagi melonjakkan mutu pengetahuan dan pengadilan bola sepak jurulatih tempatan,” kata Hamidin.

Menerusi kenyataan sama, FAM juga dilihat serius untuk menggunakan teknologi pengadil bantuan video (VAR) dengan satu mesyuarat mengenai perkara itu akan dilakukan di Johor Bahru, esok.

“FAM akan mengadakan mesyuarat bersama para pengadil esok mengenai penggunaan teknologi VAR,” katanya.

BH Sukan sebelum ini melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh mengesahkan pihaknya sedang meneliti berkenaan penggunaan VAR dalam Liga Malaysia (Liga M).

Malah, Subkhiddin dengan pihak perunding juga bakal memberi penerangan mengenai teknologi VAR pada sidang media selepas mesyuarat esok.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nTUKxT

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.