Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemandu Teksi Langkawi Berdemo Membantah Perkhidmatan Uber Dan Grabcar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemandu Teksi Langkawi Berdemo Membantah Perkhidmatan Uber Dan Grabcar

Perkhidmatan perkongsian kereta Uber dan Grabcar semakin rancak penggunaannya di ibu kota Kuala Lumpur. Terdapat laporan ribuan pemandu teksi menyerahkan semula teksi yang disewa untuk memandu kenderaan sendiri di bawah dua syarikat di atas. Uber memulakan operasi mereka di Langkawi bulan lalu. Belum cukup sebulan perkhidmatan mereka mula menerima bantahan pemandu teksi di pulau pelancongan popular ini.

Seramai 400 orang pemandu teksi Langkawi melakukan demo selama sejam hari ini. Mereka menentang perkhidmatan Uber dan Grabcar yang dipercayai akan menggugat sumber pendapatan mereka. Demo ini dianjurkan oleh ang Persatuan Pengusaha Teksi Langkawi,dan  Pertubuhan Teksi Malaysia Cawangan Langkawi. Mereka bercadang menyerahkan memorandum bantahan kepada  beberapa pihak berwajib termasuk Menteri Besar Kedah dan wakil rakyat di Langkawi.

Pihak kerajaan sudahpun mengesahkan akan membenarkan operasi kedua-dua syarikat ini di Malaysia. Pada waktu yang sama pelaburan bernilai jutaan ringgit telah dilakukan oleh KWSP dan Khazanah Nasional ke dalam syarikat yang sama. Pada hemat kami mungkin sudah terlewat untuk berdemo.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ohDVPe

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.