Jurulatih MU Diberi Kata Dua
Pengurus pasukan MU, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi. – Foto Muhammad Hatim Ab Manan
MELAKA: Dua perlawanan terakhir pada pusingan pertama Liga Super bakal menjadi penentu sama ada jurulatih Melaka United (MU) kelahiran England, Eric Williams kekal bersama skuad terbabit atau sebaliknya.
Pengurus pasukan MU, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, kata dua sudah diberikan kepada jurulatih berkenaan untuk memastikan kemenangan apabila berdepan FELDA United dan PKNS, atau dia bakal berdepan tindakan digugurkan.
Katanya, dia sudah bertemu dengan Williams berkaitan perkara itu sambil memberikan resolusi pengurusan selepas prestasi MU berada pada tahap tidak memuaskan selepas mengharungi sembilan perlawanan liga musim ini.
Terbaru, skuad terbabit dibelasah 7-0 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Larkin hingga mencetuskan kebimbangan peminat berkaitan prestasi merudum skuad Hang Tuah itu.
“Williams memahami apa yang pengurusan mahukan kepada pasukan ini terutama dalam situasi kritikal ketika ini. Saya akui dia jurulatih yang baik malah memiliki rekod cemerlang selepas membawa pasukan lamanya beraksi di Piala AFC.
“Namun perencanaan dia mungkin tidak dapat diterjemah pemain atau mereka lambat memperoleh kefahaman yang disampaikan Williams ataupun sebaliknya, namun selepas aksi berdepan JDT, kelemahan taktikal kian terserlah apabila gagal dipraktikkan anak buahnya,” katanya.
Beliau berkata, jika tewas kedua-dua perlawanan selepas ini, masa depan jurulatih itu bersama MU bakal berakhir tetapi jika salah satu aksi masih memihak skuad Sang Kancil, kemungkinan kekal di bumi Hang Tuah masih ada.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oj5nhe✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment