Hi! Welcome Back and Stay Tune! APMM Tahan Nelayan Vietnam Cuba Beri Rasuah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

APMM Tahan Nelayan Vietnam Cuba Beri Rasuah

KUANTAN: Seorang tekong nelayan Vietnam ditahan dalam operasi khas di Zon Ekonomi Eksklusif selepas cubaan menyogok pegawai agensi penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) sebanyak RM3,000 pada Ahad petang.

Tekong berkenaan bersama 17 nelayan lain berusia 18 hingga 40 tahun ditahan oleh kapal maritim Pekan, ketika mereka sedang melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram dengan kaedah tunda ganding bersama sebuah bot lain yang berjaya melepas diri pada jam 6 petang.

Menurut Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Timur (Operasi), Kapten V.Pannir Selvan Veloo, selain cubaan memberi rasuah, kesemua nelayan terbabit tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.

“Kesemua krew tiada passpot dan kad pengenalan diri. Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati terdapat lebih kurang 500kg sotong kering pelbagai saiz, 200kg ikan campuran dan 500kg ikan baja dalam petak simpanan ais.

“Pada masa yang sama juga tekong bit tersebut telah cuba memberi suapan kepada kapten memerintah kapal iaitu Kapten Robert Teh Geok Chuan agar bot miliknya dilepaskan,” kata Pannir.

Ini adalah tangkapan ketujuh melibatkan bot nelayan asing bagi tahun ini di perairan Pahang dan hasil pemeriksaan awal mendapati bot tersebut telah didaftarkan di Vietnam, tambahnya.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1.05 juta.

Bot dan kesemua yang ditahan dibawa masuk ke jeti APMM Tanjung Sedeli untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 manakala tekong yang cuba memberi rasuah pula akan disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

Menurut Pannir, KM Pekan yang ditugaskan di Wilayah Maritim Timur adalah dalam operasi pertamanya setelah diterima secara rasmi dari kerajaan Jepun pada LIMA baru-baru ini.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nTxcsR

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.