PM Najib Kutuk Serangan Di Tanta Dan Alexandria
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk serangan ke atas dua gereja Koptik di Tanta dan Alexandria di Mesir.
“Saya jijik dengan serangan pengecut ke atas gereja di Tanta dan Alexandria. Dalam masa berkabung ini, ingatan dan doa kita adalah bersama dengan rakyat Mesir dan mereka yang kehilangan anggota keluarga,” katanya melalui akaun Twitter dan Facebook beliau.
Najib berkata serangan ini merupakan satu lagi peringatan mengenai ancaman ganas ekstremisme.
“Kita tidak boleh mengalah, dan setiap kekejaman sepatutnya memperkukuhkan lagi tekad kita.
Hasrat Daesh adalah untuk memecahbelahkan kita – Islam, Kristian dan agama yang lain – namun respons yang paling kuat adalah untuk bersatu padu dan memerangi ancaman nihilistik ini melalui satu pakatan bersama untuk memerangi musuh yang sama,” katanya.
Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh dan lebih 100 cedera dalam serangan bom di gereja St George di Tanta dan katedral St Mark di Alexandria, semalam.
— BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ohsZB8✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment