Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jerat CINTA Reunion, Group Whatsapp Musnahkan Rumah Tangga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jerat CINTA Reunion, Group Whatsapp Musnahkan Rumah Tangga

loading…

PERTEMUAN semula atau lebih popular dipanggil reunion mungkin bukan sesuatu yang asing hari ini kepada golongan muda atau baik muda warga berumur.

Jerat CINTA Reunion, Group Whatsapp Musnahkan Rumah Tangga
Jerat CINTA Reunion, Group Whatsapp Musnahkan Rumah Tangga

Ada berpendapat reunion ini mengeratkan kembali silaturahim yang lama terputus, namun ada pula berpendapat ia jalan ke arah kecurangan dan maksiat.

ARTIKEL MENARIK: Lepas Lakukan ‘Aksi Kunyit’ Atas Katil, Pondan Ugut Teman Lelaki Sebar Video Lucah

loading…

Setiap orang mempunyai kisah tersendiri mengenai reunion seperti bertemu pasangan hidup, ‘tambah cawangan’ dan keruntuhan rumah tangga akibat orang ketiga.

Bagi Azuan (bukan nama sebenar), 23, rumah tangga ibu dan ayahnya musnah angkara orang ketiga iaitu bekas kekasih bapanya sewaktu di universiti.

Semuanya bermula apabila bapanya menghadiri majlis reunion dua tahun lalu dan berada dalam grup WhatsApp rakan-rakannya.

“Seingat saya ketika itu, ayah pergi bersama mak ke majlis tersebut. Pulang dari majlis, mak ada maklumkan bekas kekasih ayah turut serta.

“Saya tanya mak, wanita itu ada tegur ayah? Mak jawab ada tapi bertegur sebagai seorang kawan lama seperti orang lain,” katanya.

Kata Azuan, ayahnya juga pesan jangan risau sebab bekas kekasihnya juga sudah berkeluarga.

Menjadi kelaziman selepas majlis reunion pertama, grup WhatsApp akan wujud dan pelbagai topik bermula dari kisah belajar sehingga berkongsi kehidupan seharian.

Lebih parah apabila perbualan bertukar kepada sesuatu yang tidak dijangka iaitu perkongsian kisah atau gambar lucah.

Menurut Azuan, ayahnya kerap menghabiskan masa dengan telefon bersama rakan grup WhatsApps alumninya itu dan dia pernah lihat sewaktu ayahnya sibuk menaip.

Namun, ada perkara lain di sebalik grup itu iaitu mula berhubung semula dengan bekas kekasihnya secara peribadi.

“Saya tidak tahu siapa yang mula menghubungi siapa. Tapi kelakuan ayah berubah sekelip mata. Telefon sentiasa di tangan ayah sepanjang masa.

“Kalau duduk tengok televisyen bersama keluarga, tiba-tiba ayah bangun dan keluar rumah. Pernah saya tanya kenapa ayah letakkan nombor pin keselamatan pada telefonnya sedangkan sebelum ini tidak. Alasan yang diberikan adalah banyak urusan kerja dalam telefonnya itu,” ujarnya.

Jelas Azuan, perubahan ketara bapanya, daripada seorang penyayang kepada individu yang mengabaikan tanggungjawab.

“Mak pernah tanya kenapa asyik dengan telefon, kenapa berahsia sampaikan sewaktu mengemas bilik mak alihkan telefon dari atas katil ke atas meja, ayah marah sampai keluarkan kata-kata kesat dengan alasan tidak mahu barang peribadi miliknya diganggu,” katanya.

Melihat kelakuan pelik bapanya itu, Azuan mula menyiasat latar belakang bekas kekasih bapanya itu menerusi media sosial.

“Carian saya di media sosial mendapati wanita berkenaan berstatus janda dan status yang dimuat naik di Facebooknya menunjukkan dia sedang bercinta dengan seseorang. Saya syak dia sedang hangat bercinta dengan ayah.

“Saya maklumkan pada mak, mak kata dia syak perkara itu sejak awal perubahan ayah. Mak pernah tanya kenapa ayah berubah, tapi ayah marah dan tuduh mak sengaja timbulkan isu,” katanya.

Keadaan keluarganya bertambah buruk apabila ayah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan bekas kekasihnya itu.

“Mak tidak dapat menerima keadaan itu dan meminta supaya menceraikannya sekiranya ayah mahu meneruskan hasrat berkahwin lain.

“Ayah tetap teruskan hasratnya dan mak membawa diri pulang ke kampung. Kami adik-beradik tinggal bersama mak,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading…
loading…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The post Jerat CINTA Reunion, Group Whatsapp Musnahkan Rumah Tangga appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oiyUHI

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.