Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenapa makin ramai rakyat Malaysia yang tersekat anunya dalam cincin besi? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenapa makin ramai rakyat Malaysia yang tersekat anunya dalam cincin besi?

Kenapa makin ramai rakyat Malaysia yang tersekat anunya dalam cincin besi?

(You can the original article in English by clicking here.)

Berita mengenai Jabatan Bomba Malaysia mengeluarkan kalendar tahunan sendiri pernah viral kat laman sosial sebab memaparkan gambar pegawai-pegawai bomba yang berbadan segak dan sado. Kita tahu bomba Malaysia sentiasa bersedia untuk apa-apa hal kecemasan seperti menyelamatkan mangsa kebakaran, menangkap ular berbisa dan… membuang sex toys.

Imej dari Astro Awani

Yang last tu paling pelik sekali, terutamanya baru-baru ni bila berlaku kes cincin tersekat di kemaluan. Dalam tempoh tiga tahun ini, 80% dari panggilan kecemasan semuanya melibatkan kes sama yang memerlukan pertolongan bomba untuk membukanya. Perkara ni nampaknya makin kerap dilaporkan, dari Johor sampailah ke Penang.

Gambar cincin besi yang telah dipotong. Imej dari The Star

Kenapa banyak sangat lelaki yang buat benda pelik ni? Kami ada beberapa jawapan untuk hal ini, tapi sebelum tu mari kita bincangkan sebab apa dorang gunakan cincin besi ni kat kemaluan masing-masing.

Dikatakan mampu memberi kelebihan kepada lelaki (supaya tak potong stim)

Antara kenyataan Samy Vellu ketika sidang media yang telah menjadi bahan lawak. Imej dari meme generator

Tujuan cincin ini adalah  untuk membantu anu jadi lagi keras, lebih bagus dan lebih besar. Ini bukan ayat marketing semata-mata sebab ia dah terbukti daripada segi biologi dan saintifik. Korang pernah tak ikat jari dengan getah gelang sampai jadi bengkak dan kebiruan? Lebih kurang macam tulah cincin ni berfungsi.

Korang boleh baca penjelasan saintifiknya di sini. Nak bagi korang mudah faham, proses stim ni lebih kurang macam akaun bank – lagi banyak duit (darah) yang masuk dan lagi sedikit yang keluar, makin besarlah akaun tersebut. Tapi tak sama dengan akaun bank korang, badan manusia sangat bagus dalam mengepam masuk darah ke dalam badan, tapi sangat perlahan ketika mengepam darah keluar, jadi ia bergantung kat ‘darah baru’ tu untuk menolak simpanan ‘darah lama’ dari badan.

Benda ni menjurus kepada dua perkara: kemaluan akan menjadi lebih keras dan tahan lama macam kereta baru lepas overhaul, dan bila cincin tu dibuka…

Booommmm… meletup! Imej dari Giphy.com

Lebih kurang macam jari yang lebam kebiruan sebab diikat dengan getah dalam tempoh yang lama, sama juga macam si anu tu. Darah baru akan membawa oksigen untuk bantu badan manusia survive, mengganggu aliran darah semula jadi dan menyebabkan Batang Berjuntai seolah-olah tercekik – so lelaki tu sebenarnya tengah cekik kemaluan sendiri.

Kat sini boleh terjadi perkara yang membahayakan di mana sel mulai perlahan-lahan mati sebab kekurangan oksigen dan darah beku mula terbentuk dan kalau tak cepat bertindak mungkin menyebabkan mati pucuk atau lagi teruk jadi gangren yang boleh membawa kepada kematian – cara terbaik untuk tengok anggota sulit tu tertanggal dengan sendirinya. Kalau tak jadi warna hijau pun, mungkin jadi warna hitam dengan kuping mati (necrosis). Boleh tengok contoh kat sini (amaran: sangat grafik tak sesuai untuk bawah umur). Perkara ni bukan boleh bawa main sebab untuk sembuhkan gangren atau necrosis adalah dengan pemotongan.

Kemungkinan jadi macam ni lepas kena potong. Imej dari Ali Express

Jadi bila cincin dah tersekat, mangsa secara dasarnya telah memerangkap darah yang menyebabkan stim berpanjangan yang tak turun-turun dipanggil Priapism. So mustahil untuk mangsa tanggalkan cincin tersebut – masuk akal lah bila fikir balik yang kes melibatkan cincin besi ni susah nak tanggal. Ini membawa kita kepada poin seterusnya…

Kebanyakan pengguna tak tahu pun nak guna cincin tu dengan selamat

Apa yang korang kena tahu kes ini bukan berlaku kat Malaysia je tapi kat luar negara pun ada juga. Contohnya ada satu kes yang jadi kat US ni dengan menggunakan cincin kahwin kat kemaluan bertujuan bagi stim berpanjangan yang telah dicadangkan oleh kawan dia.

Imej dari Super Shadow 

Setakat ni tak ada lagi kajian saintifik yang mengkaji kenapa dorang buat macam ni – tapi kami cuba cari juga dan senaraikan dua kemungkinan:

Kurang ilmu atau memang sengaja cari pasal

Kami jumpa banyak iklan yang jual alat ni kat Internet dan kami tak akan berikan link ke laman web tersebut. Cukuplah sekadar gambar screenshot:

Imej dari Google

Yang peliknya, jarang kami jumpa panduan keselamatan dalam menggunakan produk ni dalam BM, termasuklah kat page produk tu sendiri. Berbeza dengan English, kalau korang Google terma yang berkaitan, panduan keselamatanlah yang muncul dalam page pertama. Jadi mukin ramai yang main beli je bila baca ayat marketing macam TAHAN LAMA, 100% EFEKTIF dan BUAT BINI BERPELUH tanpa mengira soal keselamatan.

Media coverage

Antara kemungkinan lain ialah orang ramai mungkin terikut berdasarkan apa yang dorang tengok atau baca. Kajian melaporkan yang liputan media mengenai satu-satu isu meningkatkan lagi kemungkinan untuk orang lain meniru perlakuan tersebut. Jabatan Bomba London menyalahkan 50 Shades of Grey bagi peningkatan kes cincin tersekat di kemaluan, sampaikan mereka melancarkan kempen 50 Shades of Red untuk memberi peringatan keselamatan kepada pihak awam.

Antara babak dalam movie 50 Shades of Grey. 

Tapi daripada sudut yang lain, benda ni semua juga boleh jadi sekadar ilusi. Agensi berita biasanya fokusk pada cerita yang boleh dijual. So bila cerita cincin tersekat di kemaluan ni viral, akan ada page lain yang cover cerita sama dengan copy paste semata-mata atau tukar angle lain tapi still dalam tajuk yang sama. Ini menjurus kepada fenomena Baader-Meinhof, di mana lepas kita tengok satu kes buat kali pertama pertama, ia asyik berulang je. Mungkin korang masih ingat lagi cerita pasal perempuan Penang yang bawa kereta lawan arus, lepas tu banyak pula kes yang serupa keluar hari-hari. Ada kemungkinan yang kes seumpama ni sebenarnya dah selalu sangat berlaku cuma masa tu tak ada media yang nak cover sampailah cerita perempuan Penang tu jadi viral.

Tapi yelah, ni semua teori je…Teori Cincin!

Ni bukan lawak ek, Teori Cincin memang ada. Imej dari Lifehacker.

Kalau korang nak juga guna cincin tu, gunalah dengan bijak

Sebab SOSCILI dikatakan page yang liberal dan dibayar oleh ejen yang tak wujud pun untuk musnahkan moral rakyat Malaysia (berdasarkan komen-komen sebelum ni), kami tak akan suruh korang hentikan guna cincin ni. Bukan saja sebab ianya berfungsi, tapi dah terbukti dalam perubatan untuk yang ada masalah si anu kurang menyengat…. lagipun korang semua masing-masing dah besar panjang, boleh buat keputusan sendiri.

Tapi kami nak tegaskan, tak kisahlah barang apa pun yang korang nak guna, at least buatlah research dulu dan utamakan keselamatan. Beberapa tips daripada Jabatan Bomba London.

  • Kena ada common sense – kalau rasa tak selamat, janganlah buat!
  • Kalau guna gari, pastikan kunci disimpan dengan baik
  • Jangan campur adukkan barang elektrik dengan jari sendiri, terutama yang ada pisau

Bagi yang tertanya-tanya kenapa bila jadi kes macam ni Bomba yang dipanggil (kat Malaysia atau luar negara), kenapa tak telefon hospital je? Ini kerana hospital tak ada peralatan yang sesuai untuk potong cincin besi, kepakaran tu masih lagi di bawah bomba. Peringatan juga untuk semua bahawa menelefon bomba ni bukan je membazirkan duit pembayar cukai – pembuangan cincin di UK menelan belanja sebanyak £400,000 sejak 2013 – malah menghalang bomba dari buat kerja sebenar seperti memadam kebakaran. 

Mujurlah kat Malaysia buku dan filem 50 Shades of Grey telah diharamkan tapi kalau ada yang masih teringin nak buat aksi-aksi seperti dalam filem tersebut dinasihatkan untuk ambil kira langkah keselamatan. Ingat, jangan bazirkan duit pembayar cukai dan ingat bahawa menonton terlalu banyak laman web 18SX ke atas boleh memudaratkan kesihatan.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ohG0ut

✍ Sumber Pautan : ☕ SOSCILI


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.