Video Lucah: Lelaki Dipenjara Tiga Bulan, Denda RM23,000
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berperwatakan wanita dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda berjumlah RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di Ampang atas tiga pertuduhan iaitu menghantar video lucah, melakukan peras ugut dan memiliki video lucah, Rabu lalu.
Hakim Azrul Darus dan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Nor Aliff Basir, 27, selepas tertuduh yang memakai kemeja T hitam dan bersanggul mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan itu.
Di Mahkamah Sesyen, tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM15,000 atas pertuduhan menggunakan aplikasi WhatsApp untuk membuat dan menghantar video lucah dengan niat untuk mengugut seorang kenalan lelaki berusia 24 tahun yang dikenalinya melalui aplikasi Wechat.
Azrul turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bukit Permai, di sini pada 12.05 malam, 6 April lalu mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Mohamad Firdaus pula menjatuhkan hukuman denda RM5,000 atau 12 bulan penjara terhadap tertuduh kerana melakukan pemerasan ke atas mangsa sama iaitu dengan meminta wang RM1,000 dan akan menyebarkan video lucahnya bersama mangsa jika mangsa tidak membayar wang itu.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di tempat sama pada 5 pagi, 5 April lalu mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.
Tertuduh turut didenda RM3,000 atau lapan bulan penjara bagi pertuduhan kedua iaitu memiliki video lucah di rumahnya di sini, pada 2 petang, 6 April lepas mengikut Seksyen 292 (a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya.
Sementara itu, tertuduh turut dihadapkan di satu lagi Mahkamah Majistret atas pertuduhan menakutkan secara jenayah dan ugutan kepada mangsa sama mengikut Seksyen 506 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan dilarang mengganggu pengadu sehingga kes itu selesai dan menetapkan 15 Mei untuk sebutan semula kes itu.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin dan Norhashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira modus operandi tertuduh yang menggunakan aplikasi WhatsApp untuk merosakkan reputasi mangsa selain memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.
— BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nxxHhb✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment