Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sekolah Di UK Merampas Telefon Dan Konsol Bagi Meningkatkan Gred Peperikasaan Pelajar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sekolah Di UK Merampas Telefon Dan Konsol Bagi Meningkatkan Gred Peperikasaan Pelajar

Semasa kami di sekolah dahulu perkara utama yang menghalangroses mengulangkaji ialah pelbagai gangguan di rumah. Ia hadir dalam bentuk televisyen dan konsol permainan video. Gangguan bagi pelajar moden lebih hebat kerana peranti mudah alih dan konsol yang mampu melakukan lebih banyak benda. King Solomon Academy, sebuah sekolah di London bertindak merampas telefon pintar dan konsol bagi meningkatkan gred peperiksaan pelajarnya.

Ibu bapa digalakkan untuk merampas kedua-dua “gangguan” ni apabila musim peperiksaan menjelang. Mereka juga boleh menyuruh pihak sekolah menyimpannya sekiranya perlu. Hasilnya ialah King Solomon Academy menjadi sekolah tidak-selektif (tidak memilih pelajar berdasarkan gred peperiksaan terdahulu) dengan keputusan GSCE terbaik di UK. Idea untuk merampas peranti diambil selepas ibu bapa merungut anak mereka kepenatan di sekolah kerana melayari internet serta bermain PlayStation sepanjang malam.

Kejayaan King Solomon Academy  adalah membanggakan kerana 60% pelajar sekolah ini terdiri dari golongan miskin dan memerlukan bantuan.  Sebanyak 93% pelajar pula mendapat sekurang-kurangnya gred C di dalam lima mata pelajar GCSE selepas program rampasan dimulakan.

Jadi jelaslah di sini telefon pintar dan konsol boleh mengganggu pencapaian akademik pelajar. Tindakan yang diambil King Solomon Academy mungkin dilihat sebagai melampau oleh pelajar tetapi demi masa depan mereka ia harus dilakukan. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat ragunya. Jangan apabila keputusan peperiksaan diusung, baru berciciran air mata.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ooWMdr

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.