Hi! Welcome Back and Stay Tune! Langkah serius Diana Danielle - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Langkah serius Diana Danielle

MINATNYA dalam dunia nyanyian bermula ketika usianya masih kecil lagi. Ketika itu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 26, mengakui, sebagai anak tunggal, dia tidak punya aktiviti lain pada zaman kanak-kanaknya selain mengisi masa bersama keluarga dan mendengar lagu.

Bermula dengan minat kemudian bertukar menjadi serius hingga membuatkan suri hati kepada aktor Farid Kamil ini terus menanam azam mahu merakam lagu sendiri secara profesional.

Diana pernah merakam lagu termasuk menyanyi untuk filem Magika dan Kami Histeria. Pengalaman yang ada boleh dikatakan sebagai pemangkin dan penguat semangat buat Diana untuk maju dalam seni.

Pelancaran single sulungnya berjudul Tentang Kita Jumaat lalu di Neway Karaoke Box, 1 Utama menjadi penanda aras buat Diana untuk meletakkan namanya sebaris dengan pelakon bergelar penyanyi sedia ada.

Tidak mahu terburu-buru menantikan respons daripada peminat, Diana mengakui hanya mahu memberikan yang terbaik untuk Tentang Kita, dengan mengambil kira soal cita rasa dan selera pencinta muzik semasa.

Mencintai dunia muzik

Berkongsi mengenai kisah lagu Tentang Kita, Diana memberitahu dia sudah pun merakam lagu itu Mac tahun lalu namun kerana tidak berapa mahir dalam aspek hala tuju penerbitan sesebuah lagu, secara tidak langsung membuatkan proses pelancarannya mengambil masa yang agak lama.

Bagaimanapun pereka fesyen, Melinda Looi memperkenalkan Diana kepada Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy untuk berbincang mengenai pengedaran lagu tersebut.

“Saya beranikan diri menghubungi Darren dan pada masa sama nak tahu berapa kos yang diperlukan untuk melancarkan sesebuah lagu.

“Dari situlah, hala tuju tersebut kian jelas dan terima kasih buat Warner Music kerana percaya kepada Tentang Kita.

“Bila ada label muzik yang memberi panduan dan tunjuk ajar, proses tersebut menjadi lebih mudah, Alhamdulillah,” jelas Diana yang mengakui sebelum melancarkan single itu, dia mengambil keputusan merakam kembali lagu itu kerana mahu lebih feel dalam penghayatan lagu.

“Saya rakam balik kerana untuk kepuasan diri selain memberikan lebih hippy vibe untuk lagu berkenaan,” katanya ringkas.

Haters everywhere

Dalam sisi berbeza, keterujaannya kepada bidang muzik juga tentu akan mendapat pandangan berbelah bahagi daripada pengikut setia dunia hiburan tempatan bila mana ada segelintir pelakon yang merebut peluang bergelar penyanyi, di katakan tidak boleh pergi jauh.

Diana atau lebih mesra dengan panggilan Dee dalam kalangan rakan media mengakui, dia tidak mahu mengambil kira soal tersebut secara serius kerana apa yang dilakukannya adalah atas dasar minat sejati terhadap muzik.

“Saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Saya akan lakukan apa yang disukai dengan sebaik mungkin dan apa saja reaksi terhadap Tentang Kita akan diketahui kemudian.

“Sebagai persediaan, saya mengikuti kelas vokal di bawah bimbingan Cikgu Syafi atas usaha Warner Music dan sebelum ini pun, saya ada mengambil kelas sama secara persendirian.

“Hatters everywhere. Malah ketika mula-mula saya terjun dalam dunia lakonan pun, ada yang cakap saya forever kayu, tidak akan jadi pelakon yang baik dan sebagainya.

“Tapi pada satu tahap, apabila kita berusaha belajar dan timba pengalaman dengan bekerja bersama individu yang bagus, Insya-ALLAH kita akan improve dan jadi lebih baik daripada sebelumnya,” luah Diana positif.

Terangnya lagi kepada Media Hiburan, lagu gubahan DJ Fuzz dan lirik oleh Alabbas dan Muariffah, diharap cita-citanya menjadi nyata.

“Lagu itu berbeza kerana ia mempunyai elemen reggae,blues, hippy dan natural. Sebagai penyanyi, saya perlu mempersembahkan lagu yang selesa untuk dinyanyikan. Tidak boleh feeling untuk nyanyi lagu yang terlalu ‘diva’ atau complicated.

“Apa pun, saya tidak sangka akhirnya Tentang Kita menjadi sebaik ini dan muzik videonya juga menarik meskipun kita hanya shoot sehari sahaja di Morib,” katanya yang bakal berduet dengan seorang penyanyi antarabangsa tidak lama lagi.

Bagaimana pun, bintang filem Hanyut itu tidak boleh memberikan butiran lanjut mengenai perkara tersebut kerana masih di peringkat perbincangan.

“Saya ni ibu kepada dua cahaya mata. Jadi secara logiknya, perlu curi masa sebaik mungkin untuk melakukan apa yang disukai, misalnya menyanyi.

“Jujurnya juga, salah satu sebab untuk saya terjun dalam dunia muzik adalah sebagai motivasi sebelum bersara,” akuinya.

Diana, Farid rancang bersara awal

Diana menambah, dia sudah membuat keputusan untuk bersara apabila usianya mencecah 45 tahun.

Ditanya mengapa mengambil pendirian bersara pada usia tersebut, aktres yang turut aktif dalam iklan komersial dan peragaan ini memberitahu, angka 45 tahun mungkin dilihat sebagai waktu sesuai untuk ‘berehat’ dalam seni.

Pun demikian, dia tetap akan berlakon atau menyanyi pada waktu tersebut tetapi hanyalah untuk kepuasan diri.

“Ini adalah doa. Saya mahu bersara awal untuk enjoy life. Saya menapak dalam dunia seni ketika usia masih muda.

“Kata Farid, lets do it. Dia pun ada merancang dan mempunyai pendirian yang sama. Cuma mungkin caranya berbeza,” akhiri Diana yang turut berharap Tentang Kita akan mendapat maklum balas yang baik daripada peminat setianya.

The post Langkah serius Diana Danielle appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pjYN7O

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.