Hi! Welcome Back and Stay Tune! FELDA United Dapat Lampu Hijau Guna STAR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FELDA United Dapat Lampu Hijau Guna STAR

STADIUM Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang. -Foto Nazirul Roselan

KUALA LUMPUR: FELDA United FC akhirnya menerima lampu hijau daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menggunakan Stadium Tun Abdul Razak (STAR) di Jengka, Pahang untuk perlawanan Piala AFC.

Dalam kenyataan di Facebook rasmi FELDA United, pasukan itu akan memulakan aksi sulung di stadium berkenaan dalam saingan Piala AFC menentang wakil Singapura, Tampines Rovers pada 19 April ini.

“Selepas perbincangan semula diadakan antara pihak pengurusan FELDA United dan pihak penganjur (AFC), mendapat kata putus untuk melulus dan membenarkan penggunaan STAR,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, setiausaha agung pasukan ‘The Fighter’, Zulkarnain Muhammad, berterima kasih kepada AFC kerana membenarkan pasukan itu beraksi pada perlawanan akhir di gelanggang sendiri pada saingan peringkat Kumpulan G.

“Matlamat utama kita mengadakan perbincangan semula dengan AFC adalah khas buat para penyokong FELDA United di mana ketika beraksi di Stadium Shah Alam para penyokong mengeluh kerana venue adalah berjauhan.

“Semoga pada perlawanan menentang Tampines Rovers para penyokong dapat membanjiri stadium dan memberikan sokongan kepada pasukan FELDA United,” katanya.

Pasukan itu sebelum ini menggunakan Stadium Shah Alam sebagai venue tuan rumah dalam perlawanan menentang Hanoi FC (7 Mac) dan Ceres Negros (4 April) selepas AFC menolak permohonan awal untuk menggunakan Stadium STAR berikutan isu penginapan pemain. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oX5sZc

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.