Hi! Welcome Back and Stay Tune! Enggan dilihat sebagai pengganti Najip Ali - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Enggan dilihat sebagai pengganti Najip Ali

SEPERTI yang dijangkakan, pemilik nama Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil) merupakan panel juri tetap baru bagi menggantikan bekas juri Najip Ali di dalam program komedi Maharaja Lawak Mega 2017.

Bagaimanapun Pak Nil tidak mahu dilihat sebagai juri yang menggantikan tempat bekas juri sebelum ini.

“Sejujurnya saya tidak mahu dikenali sebagai pengganti tetapi lebih kepada penyambung tugas Najip.

“Dan saya menerima tawaran ini pada saat akhir ketika di London (Rabu). Bagi saya program ini perlu diteruskan.

“Saya seorang yang lebih suka mengajar. Pendapat orang mungkin saya kurang sesuai jadi juri MLM 2017 sebab segmen komedi. Namun saya ada ilmu sebagai seorang penghibur.

“Jadi saya tahu apa yang penonton mahukan dan tidak,” ujar Pak Nil ketika ditemui pada sidang media pengumuman panel juri tetap baharu, pada malam persembahan MLM 2017 minggu ke lapan.

Menurut pihak Astro pemilihan Aznil berdasarkan faktor kredibiliti dan kemajuannya di dalam industri hiburan.

“Kami rasa kita tak perlu nak pertikaikan kerana Pak Nil ada kredibiliti dan mempunyai pengalaman sejak dulu lagi.

“Bagi pihak kami Pak Nil berbakat besar dan pemilihan yang tepat. Malah Pak Nil turut menyahut tawaran ini dengan baik dan kami selesa dengan kehadirannya,” jelasnya.

Antara juri tetap lain seperti Datuk Rosyam Nor, Neelofa, dan Luna Maya.

The post Enggan dilihat sebagai pengganti Najip Ali appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oXX60n

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.