Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bintang baru Fast & Furious - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bintang baru Fast & Furious

FIGURA ini menjadi pendatang baru dalam francais Fast & Furious selepas lapan siri filem tersebut diterbitkan dalam tempoh 16 tahun.

Menariknya, kehadiran figura ini juga menjadi antara tarikan dan sebab utama peminat setia Fast & Furious menyaksikan filem terbaru terbitan Vin Diesel bersama Neal H Moritz dan Michael Fottrell.

Menerusi Fast & Furious 8 atau juga dikenali dengan judul The Fate of the Furious, Charlize Theron memegang watak antagonis sebagai Cipher, seorang hacker psiko yang berjaya memecahbelahkan hubungan baik di antara Dominic Toretto lakonan Vin Diesel dengan kumpulannya.

Bercerita penglibatannya dalam filem arahan F Gary Gray ini, aktres yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik ini berkata kepada Daily Express, dia merasa berbesar hati apabila dapat menyertai sebuah filem berskala besar seperti Fast & Furious.

“Saya rasa satu kerugian andai saya menolak tawaran mereka untuk membintangi filem ini. Rasa berbesar hati apabila Diesel mempelawa saya menjadi sebahagian daripada mereka.

“Selain itu, komitmen dan tanggungjawab saya pada dua anak yang masih kecil membuatkan saya sukar untuk memberi komitmen pada filem yang menjalani penggambaran yang jauh dan tempoh masa yang panjang.

“Jadi apabila saya dimaklumkan filem ini tidak memerlukan komitmen yang panjang, maka saya gembira menyertainya,” ujarnya.

Berkongsi pengalamannya bekerja bersama pelakon termasuk Jason Statham yang kali terakhir disatukan dalam filem The Italian Job pada 2003, Theron berkata: “Menjadi pengalaman manis apabila saya dapat kembali bekerja bersama Statham.

“Walaupun membawakan watak sebagai seorang individu yang bagi saya sangat kejam dan psiko, namun saya mengharapkan terus bersama mereka (francais Fast & Furious) dan saya rasa watak Chiper boleh dikembangkan lagi.

“Saya juga sebenarnya mengharapkan diberi peluang untuk membawakan tank, tapi mereka hanya memberi saya kereta (ketawa),” jelasnya.

Akui Theron, karakternya yang begitu obses dengan teknologi di dalam filem berkenaan sebenarnya sama dengan realiti kehidupannya kini.

“Saya antara mereka yang begitu gilakan teknologi.

“Malah setiap kali bangun tidur dan ada perkara yang saya fikirkan, cara saya mencari jawapannya adalah menerusi Google.

“Bahkan dalam kehidupan seharian saya, saya banyak menggunakan teknologi. Contoh kalau saya mahu ke mana-mana saya akan cari alamat dan petanya menerusi Google Maps,” katanya.

Bagaimanapun tegas Theron, dia menyedari bahawa tidak selamanya teknologi menjadi perantaraan dalam membantu manusia.

“Dalam satu sisi lain, ia sebenarnya merugikan ramai orang, apatah lagi jika kita leka dengan gajet dan teknologi,” akuinya.

Filem yang padat dengan aksi akal menggegarkan pawagam bermula 13 April ini dengan jalan cerita yang sedikit berbeza.

Jika sebelum ini Dominic Toretto lebih kepada seorang yang mementingkan setiap rakannya yang dianggap sebagai keluarga, namun kali ini dia berpaling tadah dan menentang ‘keluarganya’ sendiri.

Selain Theron dan Diesel, pelakon-pelakon asal daripada francais Fast & Furious bakal kembali dengan watak asal masing-masing seperti Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Nathalie Emmanuel dan ramai lagi.

Jangan takut tua

Dalam pada itu, mendekati wanita yang bakal menginjak ke usia 42 tahun ini, Theron mendedahkan dia tidak berasa risau akan masalah penuaan yang biasa akan dihadapi oleh semua wanita.

Malah, dia sentiasa percaya dan yakin pada penampilan dirinya.

“Bertambah usia bukanlah satu hal buruk. Ramai wanita terlalu mudah menghakimi wanita lain hanyalah kerana faktor umur. Malah, dalam kalangan masyarakat sendiri sentiasa berfikir yang wanita akan menjadi seperti potongan bunga layu yang akhirnya akan gugur.

“Nasihat saya semua wanita yang berusia 20-an agar jangan takut untuk tua, jangan stres,” katanya.

Katanya, pertambahan usianya berlaku seiring dengan kematangannya dalam menjalani kehidupan dan kini sedang merancang untuk berkahwin dengan tunangnya, Seann Pean.

“Ketika saya berumur 30-an, saya sedar saya tidak boleh memuaskan hati semua orang. Tetapi, saya lebih menikmati hidup.

“Saya tak tahu menjadi ibu di akhir 30-an benar-benar menyenangkan, ia memberikan sebuah pandangan baru,” katanya.

The post Bintang baru Fast & Furious appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oiSfbT

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.