Sasaran Penajaan KL2017 Hampir Dicapai
KHAIRY Jamaluddin menyampaikan ucapan ketika melawat Makmal Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera ke 2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). – Foto Fariz Iswadi Ismail.
SEPANG: Hanya RM9.5 juta lagi diperlukan bagi memenuhi sasaran RM80 juta tajaan untuk menganjurkan Sukan SEA dan Para ASEAN 2017 (KL2017) yang dijadualkan berlangsung pada Ogos dan September depan.
Perkembangan positif itu disahkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menjelaskan 88 peratus sasaran penajaan kini sudah tercapai.
“Sebanyak RM70.5 juta penajaan sudah diperoleh setakat ini iaitu 88 peratus dengan sasaran keseluruhan kami adalah RM80 juta.
“Dalam bentuk barangan, kami sudah terima RM49 juta sekali gus sudah hampir memenuhi sasaran kerana sudah mencapai 99 peratus daripada sasaran keseluruhan RM50 juta.
“Tetapi untuk penajaan bentuk tunai, kita baharu memperoleh 71 peratus iaitu RM21 juta daripada keseluruhan, masih kurang daripada sasaran,” katanya.
Terdahulu, Khairy hadir bagi menyaksikan majlis perjanjian persefahaman dengan syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, AirAsia untuk KL2017.
Sebagai penaja emas, syarikat penerbangan itu berada dalam kategori penajaan berjumlah antara RM3 juta hingga RM7.5 juta, sekali gus turut dikenali sebagai rakan penerbangan rasmi KL2017.
Pada masa sama, Khairy menaruh keyakinan sasaran jumlah penajaan itu akan tercapai sebelum temasya terbesar Asia Tenggara itu bermula, dengan pihaknya kini sedang memuktamadkan perjanjian akhir bersama beberapa syarikat korporat.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nTLJoF✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment