Jururawat suntik sebelum samun
Jururawat suntik sebelum samun|Batu Pahat: Seorang suri rumah kerugian RM25,000 selepas barang kemasnya dilarikan dua wanita yang menyamar sebagai jururawat dalam kejadian di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, Jumaat lalu.
Kejadian berlaku apabila penjenayah didakwa menyuntik mangsa dengan cecair misteri yang menyebabkan dia khayal.
Kejadian berkenaan tular di Facebook (FB) sejak semalam selepas seorang anak mangsa berkongsi kisah menimpa Zabaidah Aspan, 63.
Ketika kejadian, suami mangsa, Yusof Sarmidi, 68, keluar menunaikan solat Jumaat dan mangsa mendakwa didatangi dua wanita yang mengaku sebagai jururawat dari Klinik Kesihatan Batu Pahat yang ingin membuat pemeriksaan berikutan penyakit kencing manis dihadapinya.
Menurutnya, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana seorang wanita itu memakai pakaian seragam jururawat dan mendakwa pemeriksaan kesihatan ke rumah dibuat bagi kemudahan warga emas supaya tidak perlu beratur atau menunggu lama.
“Selepas menerima suntikan, saya dalam keadaan separuh sedar melihat mereka meninggalkan rumah.
“Walau dalam keadaan separuh sedar, saya masih sempat memeriksa laci kerana curiga dan mendapati semua barang kemas sudah lesap termasuk seutas rantai emas bersama loket, tiga utas gelang tangan dan tiga cincin emas bernilai RM25,000,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
The post Jururawat suntik sebelum samun appeared first on Eberita.org.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oY99ek✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment