Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kehilangan Ayah Tidak Jejas Semangat Izad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kehilangan Ayah Tidak Jejas Semangat Izad

MOHAMAD Izad Hakimi (kiri) beraksi pada liga hoki premier Malaysia – TNB 2017 di Stadium Hoki Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu. -Foto Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Semangat pemain pertahanan negara, Izad Hakimi Jamaluddin, tetap berkobar-kobar untuk beraksi pada Piala Sultan Azlan Shah bermula 29 April ini biarpun baru saja kehilangan ayah tersayang bulan lalu.

Pertahanan kiri berusia 24 tahun itu kehilangan ayahnya pada 22 Mac lalu akibat serangan angin ahmar.

Walaupun masih bersedih, Izad tetap cekal meneruskan latihan dan kini bertekad merebut tempat bagi membantu Malaysia Tigers meraih keputusan terbaik pada kejohanan jemputan tertua itu.

“Memang satu kehilangan besar untuk saya serta abang (Roslan Jamaluddin) sebab arwah sentiasa menyokong kami.

“Ayah mengalami angin ahmar sudah lama iaitu sejak zaman saya sekolah rendah lagi tetapi dia sentiasa beri sokongan daripada jauh apabila saya serta Roslan turun beraksi.

“Sekarang saya perlu lupakan seketika rasa sedih ini dan fokus sepenuhnya untuk saingan Piala Sultan Azlan Shah,” katanya.

Jelas Izad, saingan di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh itu amat penting apatah lagi ia menjadi medan persiapan terakhir sebelum mereka bertandang ke London bagi menghadapi Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL), Jun ini.

Pemain Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) itu percaya ia bakal menjadi pentas menguji sejauh mana kemampuan pasukan ranking ke-13 dunia itu kerana lima pasukan yang mengambil bahagian pada PSAS juga beraksi di Separuh Akhir Liga Hoki Dunia.

“Walaupun barisan pemain yang bakal beraksi di Ipoh masih belum diumumkan, harap saya terpilih sekali lagi,” katanya.

Selain Izad, Malaysia turut memiliki kapten Sukri Mutalib, Razie Rahim, Faiz Helmi Jali, Syed Syafiq Syed Cholan dan Najmi Farizal Jazlan yang boleh beraksi di bahagian pertahanan.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nU54WH

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.