Jeep Grand Cherokee Trackhawk 2018 – Kuasa 707 Hp
Jeep baru sahaja menampilkan sebuah SUV yang mereka gelarkan sebagai yang terpantas dan paling berkuasa, dinamakan sebagai Grand Cherokee Trackhawk. Ia dikuasakan oleh enjin V8 6.2 liter supercharged dan mampu menghasilkan sehingga 707 hp dan 875 Nm tork. Walaupun dengan badan besar seberat 2.4 tan, enjin tersebut membolehkan SUV ini memecut 0-60 bsj (0-96 km/j) dalam masa 3.5 saat sahaja.
Enjin V8 ini adalah unit sama yang memberi kuasa kepada Dodge Challenger SRT Hellcat dan Charger, tetapi mempunyai kurang 6 Nm. Untuk bertahan dengan kuasa ini, Jeep telah menaik taraf bahagian torque converter lapan kelajuan pada transmisi automatik SUV ini serta komponen pacuan yang lain.
Trackhawk menggunakan sistem 4WD Quadra-Trac on-demand, di mana ia datang sekali dengan limited-slip rear differential (LSD) elektronik dan transfer case aktif satu kelajuan. Full-time transfer case ini menggunakan gegancu rantai besi berketahanan tinggi dan rantai yang lebih lebar supaya menjadi lebih kuat dan tahan.
Drive shaft belakang yang diperkuat disambungkan kepada gandar belakang yang lebih kuat. Bahagian differential pula menampilkan rekaan perumah yang diperelok, geometri gigi ring-and-pinion yang diubah dan empat tapak gandar untuk pembahagian berat lebih baik, kapasiti tork tambahan dan ketahanan secara menyeluruh.
Lima mod pemanduan dinamik – Auto, Sport, Track, Snow and Tow (boleh menarik sehingga 3,270 kg) – yang disediakan oleh kenderaan ini menggunakan sistem Selec-Track, dengan perisian talaan prestasi. Dalam mod Sport, kadar penukaran dikurangkan 50% berbanding Auto, dan dalam mod Track, ia adalah 68% lebih pantas. Pembahagian tork dalam mod Track ini adalah 30:70, dan pengguna juga boleh memilih mod Custom yang pelarasannya bergantung kepada pemandu. Launch Control didatangkan secara standard.
Untuk suspensi, pada bahagian hadapan Grand Cherokee Trackhawk terdapat short- and long-arm (SLA) bebas, gegelung spring, penyerap adaptif Bilstein (ADS) , control arm atas dan bawah aluminium, knuckle aluminium, clevis aluminium dan stabiliser bar. Bahagian belakang pula menggunakan rekaan multi-link dengan gegelung spring, penyerap Bilstein ADS, control arm bawah aluminium, sambungan atas bebas (ketegangan dan camber), toe link berasingan serta stabiliser bar.
Brek Brembo yang digunakan pula adalah unit paling besar untuk tayar hadapan yang pernah ditawarkan pada kenderaan Jeep. Di hadapan adalah dua kepingan cakera 400 mm berlubang dengan angkup enam piston manakala di belakang pula terdapat cakera 350 mm berlubang serta angkup empat piston. Padanan ini membolehkan Trackhawk berhenti dari 60 mph (96 km/j) dalam jarak 34.7 meter.
Trackhawk terletak satu inci lebih rendah berbanding Grand Cherokee (bukan SRT) dan ia boleh dibezakan dengan lengkung roda, kemasan tepi serta hud yang sama warna dengan badan. Lampu utamanya menampilkan latar belakang hitam berkilat dan lampu kabus dibuang supaya udara dapat lalu.
Pergi ke belakang, terdapat kemasan berwarna hitam yang menimbulkan lagi kehadiran empat muncung ekzos krom hitam. Bagi menjelaskan identitinya, lencana ‘supercharged‘ diletakkan di kedua-dua pintu hadapan dan pintu but. Rim 20 inci disediakan secara standard, tetapi pengguna mempunyai pilihan rim aluminium yang 5.4 kg lebih ringan. Keseluruhannya ia ditawarkan dalam pilihan sembilan warna, termasuk warna Redline 2 ini.
Jeep Grand Cherokee SRT ‘biasa’ ada dijual di Malaysia pada harga RM699,000, dan ia dikuasakan oleh enjin HEMI V8 6.4 liter. Jika tidak mahu enjin V8, anda juga boleh mendapatkan model bukan SRT yang menggunakan enjin V6 3.6 liter.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ogQR9S✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment