Tarikh Majlis Penutup Sukan SEA Akan Dipinda
KHAIRY Jamaluddin menyaksikan Pengerusi Eksekutif AirAsia merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun bertukar dokumen bersama Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Datuk Seri Zolkples Embong ketika majlis penajaan penerbangan rasmi Sukan Sea 2017 di Sepang, turut kelihatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan (tiga kiri), Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar (dua kiri), Naib Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (PCM), Ng Keng Chuan (kiri) dan Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo (tiga kanan). – Foto Mohd Fadli Hamzah
SEPANG: Tarikh majlis penutupan rasmi Sukan SEA 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 31 Ogos depan, bakal dipinda berikutan hampir sama dengan tarikh sambutan Aidiladha.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagaimanapun masih berteka-teki mengenainya dengan menegaskan perkara itu hanya akan terjawab pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA (MASOC) esok.
“Tiada topik hangat akan dibincangkan esok. Cuma kita akan buat pengumuman mengenai tarikh baharu majlis penutupan Sukan SEA.
“Ada sedikit perubahan yang terpaksa kita lakukan, apapun esok baru saya akan umumkan dalam satu sidang media selepas mesyuarat MASOC,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Penajaan Penerbangan Rasmi Sukan SEA 2017, hari ini.
Difahamkan kemungkinan besar majlis penutupan temasya itu akan dipercepatkan kepada 30 Ogos memandangkan Sambutan Aidiladha jatuh pada 1 September, apatah lagi hanya tiga acara dipertandingkan pada 31 Ogos dan langkah melangsungkan tiga acara itu sehari lebih awal dilihat paling sesuai.
Sementara itu, Khairy turut menegaskan pihaknya juga akan mengemas kini kemudahan gelanggang sukan.
“Kerja menambah baik venue sudah hampir selesai, bermakna kita akan terima dewan yang kosong seperti di MITEC (Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia) untuk dijadikan gelanggang.
“Jadi mungkin kita akan kemas kini perkembangan kerja seterusnya seperti memasang permaidani gelanggang dan beberapa perkara teknikal lain,” katanya.
Sejumlah 405 acara membabitkan 38 sukan akan dipertandingkan pada Sukan SEA 2017 yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos depan.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oXaGE9✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment