Video: Dah Kenapa Selamba Berak Di Tempat Awam?
Spread the love
BAGAIKAN pelancong China yang tiada kesedaran sivik, itu situasi yang boleh digambarkan buat seorang lelaki tempatan ini yang selamba sahaja membuang air besar di luar keretanya.
Lebih menjijikkan lelaki berkenaan melepaskan ‘hajatnya’ sambil berdiri dan menadahnya dengan tisu sahaja.
Menerusi rakaman berdurasi 56 saat, aksi lelaki itu dirakam dari sebuah kereta yang berada tidak jauh di belakangnya, di sebuah kawasan perumahan.
Dapat diperhatikan, lelaki itu kemudian hanya membiarkan tisu yang digunakan tadi di atas jalan dan terus masuk ke dalam kereta.
Tidak diketahui tarikh dan lokasi sebenar kejadian, namun melihatkan nombor plat kenderaannya yang bermula dengan huruf ‘S’, dapat disimpulkan pelaku berkemungkinan besar merupakan seorang rakyat Singapura.
Rata-rata netizen yang melihat rakaman meluahkan rasa marah dengan tindakan yang sangat tidak bermoral itu.
Namun masih ada yang mengatakan lelaki berkenaan mempunyai alasan tersendiri, mengapa dia melakukkan perkara berkenaan di khalayak ramai. -MYNEWSHUB.CC
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment