'Peminat Buat Saya Rasa Menyampah' – Justin Bieber
PENYANYI antarabangsa, Justin Bieber yang kini berada di Australia untuk konsert jelajah dunianya ‘Purpose’ didakwa bersikap biadap terhadap salah seorang peminat yang ingin bergambar dengannya.
Selepas terlihat penyanyi pop berusia 23 tahun itu di Melbourne, Sabah Helal, 20, menghampiri kereta Bieber untuk merakam ‘selfie’ – tetapi dia segera mengetepikan permintaan tersebut.
“Anda mengganggu privasi saya, saya tidak mahu bergambar. Anda membuat saya rasa menyampah,” kata Bieber kepada Helal sebelum konsertnya pada Jumaat lalu.
Kejadian itu sempat dirakam dan video itu kini viral di media sosial.
Memetik laporan portal Vogue, Helal dikatakan tersinggung dengan tindakan Bieber, apatah lagi dia sudah sekian lama menunggu peluang untuk bertemunya.
“Dia sangat biadap, saya hendak bergambar bersama Bieber kerana saya tidak tahu bila lagi saya akan mendapat peluang untuk berjumpanya,” kata Helal apabila ditemu ramah oleh pihak media Australia.
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment