Duta Korea Utara Di PBB Nafi Itu Mayat Kim Jong-nam
Spread the love
NEW YORK – Duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menafikan lelaki yang mati di Malaysia pada 13 Februari lalu ialah abang pemimpin tertinggi negara tersebut, Kim Jong-un.
Lucunya Kim In-ryong menyalahkan pula pihak Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan atas pembunuhan lelaki warga Korea Utara yang sudah disahkan oleh polis Malaysia sebagai mayat Kim Jong-nam, abang tiri Jong-un.
“Kes pembunuhan itu adalah langkah melulu pihak berkuasa AS dan Korea Selatan bertujuan mencemar imej serta meruntuhkan sistem sosialis negara kami,” kata beliau In-ryong pada sidang media di ibu pejabat PBB pada Isnin.
Ia mulanya diadakan oleh wakil tetap itu untuk mengecam kenyataan Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini yang mengutuk ujian peluru berpandu Korea Utara sebagai mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Beliau bagaimanapun mengakui lelaki yang dibunuh dengan bahan beracun berbahaya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada bulan lalu itu ialah warga Korea Utara dan memiliki pasport diplomatik.
“Tanpa sebarang asas, kerajaan AS dan pihak berkuasa Korea Selatan sengaja menyalahkan Korea Utara, dengan menegaskan bahawa lelaki terbabit konon diracun menggunakan bahan VX yang dilarang,” kata In-ryong.
Pada masa yang sama In-ryong turut mempertikaikan dari mana dua wanita penyerang Jong-nam memperoleh gas saraf berbahaya diharamkan itu, dan pada masa sama mendakwa AS memiliki simpanan ‘senjata haram’.
In-ryong juga mempersoalkan keadaan dua penyerang wanita berkenaan yang tidak terjejas semasa menyapu bahan VX kepada mangsa sebagai ‘tidak masuk akal’. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment