Hi! Welcome Back and Stay Tune! Johor Komited Basmi Rasuah, Penipuan – Menteri Besar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Johor Komited Basmi Rasuah, Penipuan – Menteri Besar

KLUANG: Kerajaan Negeri Johor mahu membanteras semua unsur rasuah dan penipuan dalam urus tadbirnya bagi memastikan Gagasan Johor Berkemajuan dapat dicapai.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata komitmen itu ditunjukkan kerajaan negeri dengan memberi kerjasama dalam kes penahanan seorang exco dan tangkapan anggota sindiket berkaitan di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor baru-baru ini.

Beliau berkata kedua-dua kes itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan sebaik mungkin.

“Ini adalah peringatan kepada semua bahawa dalam zaman ini, banyak mata yang memandang. Mereka yang diberikan amanah oleh rakyat perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin… apa pun (kesalahan) yang kita lakukan, kita tidak akan terlepas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Simpang Renggam di Kampung Paya, Kluang di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata beliau percaya pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai maklumat yang lebih lengkap bagi menjalankan siasatan kes itu.

Exco terbabit, yang kini bercuti daripada portfolionya, ditahan di pejabat SPRM di sini pada 9 Mac lepas bagi membantu siasatan berhubung skandal rasuah serta penyelewengan hartanah di negeri ini.

Selain menahannya, SPRM turut menggeledah rumah exco terbabit dan merampas wang tunai sebanyak RM41,000, sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire dan 150 beg tangan pelbagai jenama.

Sebelum itu, polis menahan tiga individu termasuk seorang bekas pembantu tabdir di sebuah PTG di sini berhubung penipuan pindah milik tanah menggunakan kekerasan dua tahun lepas.

Mereka yang berusia di antara 38 dan 50 tahun sedang ditahan reman selama 21 hari bermula 7 Mac lepas.

–BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mnpYgN

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.