Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penceraian Secara ‘hakam’ Adalah Mimpi Ngeri Untuk Semua Suami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penceraian Secara ‘hakam’ Adalah Mimpi Ngeri Untuk Semua Suami

Pernah kalian dengar tentang cerai secara ‘Hakam’?

Ini bukan fasakh, bukan taklik, bukan lagi khulu’ (Tebus talak). Walaupun semua ini adalah ‘Hak’ isteri untuk digunakan dalam mahkamah terhadap suami bila nak tuntut cerai. Tetapi cerai secara ‘Hakam’ nampaknya lebih berkuasa dari kesemua itu.

Jabatan agama Islam Selangor (JAIS) menjadi pelaksana yang pertama penceraian secara ‘Hakam’ dari enakmen undang2 keluarga Islam Selangor.

Kerana proses Fasakh, taklik, khulu’ sangat memerlukan masa dan prosedur yang lama, dan kes penceraian pula berlaku satu setiap 13 minit dalam Malaysia kini secara puratanya.

Sehingga menjadi lambakan kes penceraian, buat saya risau tentang makna sebenar sebuah ‘Perkahwinan’ yang beransur pudar hari ini dalam hati yang berpasangan, khususnya pasangan muda yang baru berkahwin. Yang masih muda dengan ujian diawal tahun perkahwinan.

Kaedah ‘Hakam’ ini, isteri boleh minta cerai melalui kuasa mahkamah bila suami tak nak ceraikannya, suami tak datang mahkamah, tak nak ikut prosedur mahkamah, meskipun suami tiada cacat cela, boleh lengkapkan nafkah zahir juga batin, tetapi jika si isteri tetap tak redha lagi, tak menyukai lagi, dah tawar hati dengan si suami. Antaranya kerana dia telah berpoligami tanpa persetujuan isteri pertama, tiada persefahaman, tiada lagi perhubungan yang baik, tak rasa bahagia lansung, tak rasa kasih sayang lagi dari si suami, tiada lagi komunikasi yang baik, banyak berahsia, dan tidak adil dalam berpoligami.

Maka dengan alasan semua ini, mahkamah akan benarkan ‘Penceraian’ diteruskan juga.

Inilah namanya cerai ‘Hakam’,

Maksu saya sebagai wanita, dia nyatakan pada saya. Ada 2 perkara yang dia risaukan dengan cerai ‘Hakam’ ini.

1. Sungguh, ia amat membantu sebenarnya untuk selesaikan hubungan rumah tangga yang berantakan. Bantu kurangkan lambakan penceraian yang setiap 13 minit itu.

2. Tetapi sangat bahaya jika wanita salah guna cerai ‘Hakam’ ini kerana wanita selalu dan terlalu awal bertindak membuta tuli demi ‘Emosi’.

Boleh jadi mimpi ngeri buat suami diluar sana, jika isterinya gunakan cerai ‘Hakam’.

Walaupun suami ada alasan untuk ‘Counter’, Jais akan tempatkan pasangan dalam Jawatan kuasa pendamai terlebih dahulu, wakil pula akan dihantar untuk cari jalan penyelesaian, jika masih terus Syiqaq (Perkelahian), mahkamah akan nasihat suami, lafazkan talak 1.

Jika suami tak mahu, maka ‘Hakam’ yang akan bertindak.

Peringkat 1:

Hakam cuma bagi kata putus tentang keadaan rumah tangga pasangan suami isteri itu

Peringkat 2:

Hakam dilantik mahkamah syariah untuk menceraikan juga dan ia sah disisi undang-undang.

Disini tamatlah ‘Kuasa mutlak untuk menceraikan’ dari seorang suami akhirnya. Tiada lagi kuasa veto dari seorang suami. Jika suami tidak berlaku adil, tidak tunaikan tanggung jawab, tidak jujur, tidak jaga hubungan.

Si isteri telah berkuasa dengan naungan mahkamah syariah untuk laksanakan yang namanya cerai secara “Hakam”.

Simpan nota saya ini. Ia nota pengetahuan yang sangat penting bagi lelaki yang tidak beratkan ‘Tanggung jawab’ dalam hidupnya. Kepada perempuan, ini pula hak istimewa kamu. Jaga, disimpan dan diguna bila perlu, iaitulah bila hati telah terlalu ‘Terluka’ sehingga tidak nampak lagi jalan bagaimana nak sembuhkannya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mjhfPK

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.