Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Maut, Sepupu Parah Motosikal Bertembung Kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Maut, Sepupu Parah Motosikal Bertembung Kereta

Spread the love

ALOR SETAR – Seorang remaja maut manakala sepupunya cedera parah apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Masjid, Sik, kira-kira pukul 9 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Sik, DSP Ismail Ibrahim, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Shahmie Suhaili yang membonceng manakala penunggang, Muhammad Haikal Yahya, masing-masing berusia 14 tahun dari Kampung Tala, Jeneri, Sik.

Difahamkan kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa yang menetap di rumah nenek mereka di kampung itu sejak setahun lalu keluar untuk membeli nasi goreng yang dipesan nenek mereka kira-kira pukul 8.30 malam.

“Kejadian berlaku sebaik motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa itu bertembung dengan kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun yang datang dari arah bertentangan iaitu dari Jeneri menghala ke Gajah Putih.

“Akibat pertembungan itu, Muhammad Shahmie maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala manakala sepupunya yang parah di badan dibawa ke Hospital Sik sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Siasatan awal polis mendapati kedua-dua pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri juga tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal dan Muhammad Haikal juga tidak mempunyai lesen.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melibatkan kematian, katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m6toqs

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.