Hi! Welcome Back and Stay Tune! 4 Buah Rumah Berhantu Di Shah Alam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

4 Buah Rumah Berhantu Di Shah Alam

Rumah berhantu paling popular di Shah Alam haruslah rumah banglo RM50 yang sekarang dikatakan sudah tidak berhantu dan dikatakan telah dijadikan sebagai sebuah taska setelah ianya dibeli oleh seorang warga Mesir. Tapi rumah ni tersenarai jugak la sebagai rumah paling berhantu sebab kisah seram dia memang sangat popular sampai di jadikan filem walau dalam filem tu rasa lain sangat dari kisah yang di canang dari mulut ke mulut. Mesti semua pernah baca cerita pasal banglo ni di mana sekumpulan pelajar UiTM yang menyewa sehari kat sini dengan sewa RM50, di ganggu dengan pontianak sehingga ada yang meninggal dunia.

Ramai kata rumah ni rumah Mona fendy. Tapi takde bukti mensahihkan spekulasi ni. Ada kata rumah ni pernah terbakar, orang gaji mati, anak owner rumah ni mati dalam buaian. Tapi masih lagi menjadi cerita mulut ke mulut yang takde bukti sahih.Dari sumber menggoogle katanya ada ahli seekers yang mati sewaktu menjalani pengambaran dulu. Terus terang sumber yang aku dapat tak di kenalpasti kesahihannya. Dok google jugak cari kisah seram yang pernah menjadi cerita tak pulak jumpa. Apa yang berhantu sangat selain kisah orang mati dalam rumah tu pun aku tak sure. Nak tanya ni berhantu ke tidak rumah ni? Jangan memain dengan ketua hantu.. kang aku naik hantu kang! hahahaha

Katanya yang duduk rumah ni pada tahun 70an sekeluarga cina. Lepas berlaku trajedi kat rumah tu, maka di biarkan tanpa penghuni dalam tempoh yang agak lama. Katanya penyewa tak tahan asyik kena kacau jer dengan hantu. Katanya kumpulan Al-Arqam pernah menyewa ramai2 kat situ, tapi bila bangun pagi habis badan depa calar balar sampai ada yang kena di pindahkan ke tempat lain. Setiap malam rumah tu katanya pukul 11.00 jer meriah macam ada party lepas tu jadi sunyi sepi balik. Pernah di jadikan pusat belajar bahasa Inggeris tapi tak tahan lama bertukar jadi pejabat & telah mengalamani perubahan banyak kali. Staff kat situ memang takkan tunggu lebih dari 7 petang. tempat tu akan sunyi bila pukul 7 petang. Petua nak pergi tengok tempat tu jangan malam2 katanya, nanti balik confirm demam. Katanya seksyen 2, seksyen 1 shah alam adalah penemapatan paling awal di buka di shah alam. Dulunya hutan & bukit bukau. So, maybe jin pernah berkampung kat situ siapa tau kan?

Katanya rumah ni dah roboh… alah takde lagi la kisah hantu kat rumah ni lepas ni kan? Dulu katanya rumah ni oleh orang india dalam tahun 80an. Katanya jiran2 pernah nampak lembaga hitam keluar masuk rumah ni. Korang jangan buat lawak seram hokay! Tadi kata orang india pernah tinggal, tetiba nampak lembaga hitam. Mentang2 orang india tak putih kan? Jangan2 yang jiran2 situ pernah nampak sebelum rumah ni di robohkan orang india kot. hehehehe.. Menurut cerita rumah ni pernah masuk rancangan yang bertemakan aktiviti paranormal. Bila jumpa hantu katanya masing2 lari tak cukup tanah.

Sebenarnya kisah rumah2 berhantu kat shah alam ni bukan la blog aku jer yang up story ni. Sebab aku kan blog puaka.. harus la simpan cerita2 camni jugak katanya. Tapi aku yakin mesti ada yang masih tak tahu kewujudan cerita tentang rumah2 ni kan? Apapun jangan taksub sangat mempercayai cerita2 berunsur mistik macam ni. Buat macam aku sudah.. baca sekadar hiburan sebab cara kita berhibur & terhibur tak sama. Macam aku terhibur dengan baca kisah seram atau tengok filem seram.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lGbhEC

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.