Bola Sepak Pantai AFC: Malaysia Tewas Aksi Pembuka Tirai
KUALA TERENGGANU: Skuad negara memulakan aksi dengan langkah kiri apabila tewas 3-5 kepada Afghanistan dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Pantai Batu Buruk di sini, petang ini.
Skuad negara bimbingan Ismail Zakaria bermula dengan baik, sebelum Afghanistan membuka tirai jaringan menerusi Hazrat Gul Baran, tetapi Malaysia pantas menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Qushairie Asaari seminit kemudian.
Ketua pasukan Afghanistan, Zainuddin Sharifi meletakkan pasukannya di depan selepas menanduk masuk hantaran jauh penjaga golnya, Baktash Akbari pada minit ke-11.
Pada suku kedua permainan, Malaysia hampir menyamakan kedudukan, namun dua peluang terbaik menerusi Mohd Khairul Nizam dan Mohd Riduwan Mohd Noor dinafikan palang gol serta ketangkasan Baktash.
Bersambung suku ketiga, Afghanistan melebarkan kedudukan menerusi jaringan hatrik Raof Qaderi pada minit 28, 30 dan 32.
Malaysia yang tidak berputus asa memperoleh gol ketiga menerusi Mohd Khairul Nizam pada minit 34, namun sudah terlewat untuk menghalang kemenangan Afghanistan.
Terdahulu, Iran yang membuka tirai saingan tidak menghadapi masalah besar apabila mudah menundukkan China 5-0.
Sementara itu, Ismail tetap berpuas hati dengan semangat juang yang dipamerkan anak buahnya, namun pengalaman membezakan kedua-dua pasukan.
Katanya, anak buahnya lebih banyak menguasai permainan, tetapi palang dan kecekapan penjaga gol lawan mengecewakan mereka.
“Saya harap pemain tidak berputus asa, sebaliknya bangkit dalam perlawanan kedua bertemu Iran, esok,” katanya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mDaeKr✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment