Hi! Welcome Back and Stay Tune! UMNO Kelantan Perkemas Jentera Pilihan Raya Untuk Tawan Negeri Pada PRU-14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UMNO Kelantan Perkemas Jentera Pilihan Raya Untuk Tawan Negeri Pada PRU-14

KOTA BHARU: Badan Perhubungan UMNO Kelantan sedang memperkemaskan jentera pilihan rayanya bagi merampas Kelantan daripada PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata UMNO Kelantan kini meletakkan jentera pilihan rayanya dalam ‘mood pilihan raya’ untuk memastikan semua persiapan dalam tahap terbaik.

“Jentera pilihan raya di semua 534 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di negeri ini sedang dimantapkan. Kita dapati semangat mereka semakin meningkat untuk Barisan Nasional menang dan kembali memerintah Kelantan pada PRU-14 ini,” katanya.

BACA: BN mampu rampas Kelantan satu kenyataan lucu – Ahmad Yakob

BACA: PAS Kelantan waspada khabar pakatan UMNO dan Amanah

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis perjumpaan pemimpin kanan PDM seluruh Kelantan di sini, hari ini.

Mustapa berkata UMNO Kelantan turut memperhebatkan program bertemu dengan rakyat di semua peringkat termasuk melalui ceramah dan dialog.

“Kita juga sedang meningkatkan program untuk mendampingi anak-anak muda termasuk mereka yang berada di luar Kelantan, kita mengatur aktiviti mengikut kehendak atau selera anak muda,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m70mHl

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.