Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sia-sia Jika Ada Usaha Laga PM, TPM Dan H2O – Bastien - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sia-sia Jika Ada Usaha Laga PM, TPM Dan H2O – Bastien

KUALA LUMPUR: Cubaan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub untuk melagakan kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hanya sia-sia dan perlu segera dihentikan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, perjuangan ketiga-tiga tokoh parti itu sudah teruji, tidak boleh disangkal lagi selain bukan untuk diri sendiri.

“Dakwaan Salahuddin yang menyatakan bahawa akan ada tekanan untuk Datuk Seri Najib daripada Hishammuddin adalah khayalan pemimpin Amanah berkenaan.

“Kami pemimpin-pemimpin akar umbi UMNO tidak mendengar sebarang cerita mengenai hal berkenaan, jadi mana mungkin Salahuddin yang di luar UMNO pula mendapat berita sedemikian.

“Tolong jangan samakan pemimpin UMNO dengan dirinya sendiri yang keluar dari Pas untuk mengejar cita-cita peribadi. Tindakan itu jelas berkepentingan dan sanggup menikam parti lamanya dari belakang,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Salahuddin di dalam sebuah portal dilaporkan mendakwa Datuk Seri Najib akan diminta untuk melepaskan jawatan perdana menteri dalam masa terdekat.

Dakwa Salehuddin lagi, pergelutan kuasa antara Ahmad Zahid dan Hishammuddin adalah satu rahsia umum yang sedang melanda dalaman UMNO.

Dalam pada itu jelas Bastien, dakwaan Salehuddin itu menunjukkan kelemahan Pas sekali gus ahli Amanah diingatkan berhati-hati dengan pimpinan mereka sendiri.

“Salahudin boleh berhenti menabur fitnah meracuni pemikiran ahli UMNO kerana keutuhan kami di dalam barisan UMNO bertambah kukuh dengan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Kami kini sudah kenal kawan dan lawan. Warna musuh semakin jelas dan ini memudahkan kerja-kerja kami selaku ahli parti untuk mengatur setiap langkah dan strategi bagi menghadapi PRU ke-14. Memang patut pembangkang gundah dalam kesepakatan kami,” tegasnya.

BACA: SPRM dedah skandal rasuah hartanah Johor bukan bertujuan politik – Shahrir

BACA: Exco negeri Johor, Abd Latif Bandi bercuti mulai hari ini

Dalam perkembangan berasingan, Bastien mengingatkan veteran DAP, Lim Kit Siang agar menasihati anaknya, Lim Guan Eng untuk bercuti dahulu sebelum menggesa Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin untuk mengambil cuti.

“Kes kerajaan negeri Pulau Pinang memang melibatkan siasatan terhadap ketua menteri sendiri. Johor sebaliknya kerana ia melibatkan exco kerajaan negeri. Mana lebih perlu bercuti? Menteri Besar Johor atau Ketua Menteri Pulau Pinang?

“Exco Johor sudah bercuti tetapi saya belum mendengar Ketua Menteri Pulau Pinang atau sesiapa dari pejabatnya yang bercuti. Kit Siang mungkin boleh pastikan kebenaran kenyataan saya ini atau dia sendiri sudah terlalu tua untuk mengingati fakta kes di Pulau Pinang.

“Kita tidak mahu menyentuh butir kes Exco Johor kerana masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), begitu juga kes Ketua Menteri Pulau Pinang. Tetapi dari segi etikanya, bercuti merupakan tindakan yang tepat bagi yang sedang disiasat. Bolehlah Kit Siang mengingatkan anaknya jika dia masih belum berbuat demikian,” jelasnya.

Jumaat lalu, SPRM bertindak menahan enam individu dipercayai terlibat dalam skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor

Antara enam yang ditahan ialah anak dan pegawai khas kepada seorang pegawai kerajaan negeri Johor, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal rasuah bernilai  Rm15.5 juta itu.

Turut ditahan seorang kontraktor berumur 46 tahun pada Selasa yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan hartanah tersebut.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mmPDsX

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.