Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amarjit Lakar Kejayaan Sensasi Pada Pemilihan ACC 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amarjit Lakar Kejayaan Sensasi Pada Pemilihan ACC 2017

AMARJIT bersalaman bersama Presiden Kesatuan Berbasikal Antarabangsa, Brian Cookson.

IPOH: Malaysia melakar kejayaan sensasi apabila wakil negara, Datuk Amarjit Singh memenangi dua pertandingan bagi jawatan Anggota Pengurusan Eksekutif Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) dan calon Anggota Pengurusan Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada pemilihan ACC 2017 di Manama, Bahrain malam tadi.

Beliau yang juga Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) turut melakukan kejutan apabila turut dilantik sebagai Bendahari ACC pada mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif ACC semalam.

Paling membanggakan apabila beliau yang juga Presiden Persatuan Berbasikal Perak (PCA) meraih undi kedua tertinggi iaitu 31 undi, kurang dua undi di belakang pemenang pertama dari Jepun, Tatsuo Hayashi.

Antara yang turut berjaya pada pemilihan ACC 2017 adalah calon dari Indonesia, Raja Sapta Oktohari, Jamal Mesleh M Al-Fawaeeir dari Jordan dan wakil Korea Selatan, Lee Daehoon.

Rentetan kemenangan sensasi itu, beliau telah dilantik oleh Presiden baru ACC, Osama Ahmed Al-Shaffar sebagai Pengerusi Jalan Raya ACC, selain mengekalkan portfolio Pengerusi Anti-Doping Asia.

Bagi jawatankuasa Angota Pengurusan Eksekutif UCI, Amarjit meraih keputusan undi ketiga terbaik sekali gus melayakkan diri sebagai satu daripada tiga wakil dari benua Asia untuk bertanding bagi jawatan berkenaan pada Pemilihan UCI 2017 nanti.

“Saya sangat terkejut dengan keputusan ini. Pertamanya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyokong saya di seluruh Asia. Saya tak sangka akan mendapat undi kedua tertinggi.

“Ini adalah kali pertama terlibat dalam Pilihanraya ACC. Saya tidak mempunyai banyak pengalaman tetapi mereka melihat saya berpotensi untuk memberi sumbangan besar kepada sukan berbasikal di benua Asia.

“Seterusnya, saya juga ingin merakam penghargaan kepada Presiden MNCF, Datuk Abu Samah Abd Wahab kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat di dalam Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif ACC.

“Semuanya bermula apabila saya dilantik sebagai Pengerusi Anti-Doping ACC. Saya berasa terharu namun saya percaya boleh meneruskan legadi Malaysia sebagai salah satu kuasa besar dalam ACC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amarjit menegaskan beliau akan cuba mendapatkan sokongan daripada benua Afrika dan Amerika Utara bagi memastikan terpilih sebagai Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif UCI pada Pilihanraya UCI 2017 nanti.

Beliau menegaskan sudah pun berjumpa seorang Naib Presiden UCI di Manama selepas berakhirnya Pemilihan ACC dan berjaya mendapat sokongan padu daripada tokoh terkemuka berkenaan.

“Malah saya sudah menemui Presiden UCI (Brian Cookson) dan berbincang dengan beliau tentang beberapa isu termasuk masalah anti-doping di Asia.

“Sesi perbincangan berkenaan jelas memberikan gambaran baru tentang permasalahan gejala doping di Asia,” katanya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mYhgpi

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.