Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shamsul Saad Bakal Jurulatih Singa Utara? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shamsul Saad Bakal Jurulatih Singa Utara?

Shamsul Saad

KANGAR: Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sudah meneliti beberapa calon sesuai untuk dilantik ketua jurulatih menggantikan Mohamed Razip Ismail yang meletak jawatan.

Antara calon hangat termasuk bekas pengendali pasukan Perak, Shamsul Saad dan Manja Man serta beberapa nama yang belum boleh didedahkan.

Pengurus skuad Perlis, Afifi Osman, ketika dihubungi mengesahkan PFA sudah membuat tawaran kepada beberapa individu, namun enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh dedahkan nama mereka. Siapa yang bakal mengendalikan pasukan Perlis akan dimaklumkan nanti,” katanya ringkas.

Sementara itu, sumber dalaman PFA mengesahkan Shamsul yang pernah menyarung jersi The Bos Gaurus dari tahun 1993 hingga 1997 dan tahun 2000 hingga 2005 sebagai calon terbaik menggantikan Razip.

Malah, kelibat bekas pemain berusia 45 tahun itu turut kelihatan turun meninjau sesi latihan skuad Perlis baru-baru ini.

“Kami difahamkan PFA ada hantar surat tawaran kepada beberapa nama, namun setakat ini nama Shamsul paling hangat disebut untuk menerajui Perlis.

“Selain itu, ada juga beberapa nama bekas pemain Perlis dan Kedah, termasuk Manja Man disebut-sebut,” katanya.

Perlis kini menghuni tangga tercorot Liga Perdana dengan hanya mengutip dua mata hasil dua kali seri daripada lapan perlawanan setakat ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m6ZiDq

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.