Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pakatan Harapan – PPBM Masih Berbincang Isu Agihan Kerusi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pakatan Harapan – PPBM Masih Berbincang Isu Agihan Kerusi

BUKIT MERTAJAM: Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih dalam perbincangan bagi menentukan pengagihan kerusi yang dipertandingkan calon pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata semua perkara yang diketengahkan dalam rundingan itu akan diambil kira bagi memastikan polisi ‘satu lawan satu’ di setiap kawasan yang ditandingi calon pakatan pembangkang.

“Kita nak satu lawan satu tapi kita tidak boleh menyekat mana-mana individu atau parti mana yang nak bertanding. Itu adalah antara rundingan kita, kita nakkan supaya kita menang…itu polisinya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Latihan Jentera PKR kawasan Penanti di sini, hari ini.

Dr Wan Azizah berkata pihaknya bersedia untuk berbincang dengan PPBM yang meminta supaya perbincangan semula diadakan bagi pengagihan kerusi yang dipersetujui Pakatan Harapan sebelum ini.

“Kesediaan ini dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor daripada PPBM, termasuk usia penubuhan parti itu yang masih baharu. Kita juga sedang membincangkan perkara asas dalam kerjasama semua parti pembangkang, termasuk agihan kerusi,” katanya.

Pada Selasa lepas, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengakui berlaku pertindihan kerusi antara Pakatan Harapan dan PPBM, namun menyifatkan ia sebagai pertindihan yang minimum.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lq8jsp

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.